Skip to content

Seksyen 33

Kuasa Menteri mengisytiharkan pertubuhan belia sebagai menyalahi undang-undang

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 33 of 125
Seksyen 33
(1)

Menteri boleh, melalui perintah, mengisytiharkan, mana-mana pertubuhan belia atau cawangan atau kategori atau keterangan mengenai mana-mana pertubuhan belia yang pada pendapatnya, digunakan atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan ketenteraman awam atau kemoralan dan kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, sebagai menyalahi undang-undang.

(2)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah berkuat kuasa bagi membatalkan dengan serta-merta pendaftaran mana-mana pertubuhan belia itu, jika telah didaftarkan di bawah Akta ini dan tiada pertubuhan belia yang terhadapnya sesuatu perintah telah dibuat di bawah seksyen ini boleh didaftarkan sedemikian.

(3)

Peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi mana-mana pertubuhan belia yang terjejas oleh perintah yang dibuat di bawah seksyen ini.

48

Undang-Undang Malaysia

Akta 668