Youth Societies and Youth Development Act 2007 · Updated to 1 Nov 2014 · Bahagian V · Majlis Perundingan Belia Negara
41. Pengosongan jawatan
Feedback & supportJawatan seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 37(1)(i) hendaklah menjadi kosong, jika—
telah dibuktikan terhadapnya atau dia telah disabitkan dengan apa-apa kesalahan—
yang melibatkan fraud, rasuah, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti suatu denda, selama lebih daripada dua tahun;
dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menjalankan tugasnya;
dia telah diisytiharkan bankrap;
dia tidak menghadiri persidangan selama tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Pengerusi;
dia telah dikenakan perintah tahanan, kediaman terhad, buang negeri atau yang seumpama dengannya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan dan keselamatan awam yang sedang berkuat kuasa;
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;
pelantikan dibatalkan oleh Menteri; atau
dia telah mati.
52
Undang-Undang Malaysia