Seksyen 47
Kehilangan kelayakan menjadi anggota
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
ActIn forceProvision 47 of 125
Seksyen 47
(1)
Mana-mana anggota Majlis yang mewakili pertubuhan belia yang bergabung dengan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan yang tidak lagi memegang jawatan dalam pertubuhannya masing-masing atau pendaftaran pertubuhan tersebut telah dibatalkan di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai telah terhenti daripada menjadi anggota Majlis.
(2)
Mana-mana anggota Majlis hendaklah disifatkan sebagai telah terhenti daripada menjadi anggota Majlis apabila dia tidak lagi memegang jawatan dalam badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.