Skip to content

Seksyen 52

Permohonan bagi penguntukan tahunan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 52 of 125
Seksyen 52
(1)

Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan boleh memohon kepada Menteri bagi penguntukan kewangan dan bantuan bagi maksud menjalankan fungsinya di bawah seksyen 50.

(2)

Bagi tujuan subseksyen (1), badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah menyediakan anggaran perbelanjaan bagi tiap-tiap tahun kewangan.

(3)

Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan tahunan untuk tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir yang ditetapkan oleh

Menteri.

56

Undang-Undang Malaysia

Akta 668