Seksyen 54
Akaun dan audit badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan
of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007
Badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah menyebabkan akaun dan rekod lain yang sepatutnya yang berhubungan dengan pengendaliannya disenggara, dan hendaklah menyediakan penyata kewangan bagi tiap-tiap tahun kewangan iaitu dari 1 Januari hingga 31 Disember.
(2)
Penyata kewangan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh juruaudit yang dilantik oleh badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan.
(3)
Penyata kewangan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah diaudit dalam masa enam bulan dari akhir tiap-tiap tahun kewangan dan dalam tempoh itu, badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan hendaklah mengemukakan suatu salinan penyata akaun itu dengan cara yang dikehendaki oleh Menteri untuk dikemukakan kepada Menteri bersama-sama dengan suatu salinan laporan juruaudit yang disediakan oleh juruaudit yang dilantik itu.