Skip to content

Seksyen 8

Kuasa Pendaftar menghendaki maklumat

of Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007

ActIn forceProvision 8 of 125
Seksyen 8
(1)

Pendaftar boleh, berhubung dengan mana-mana permohonan bagi pendaftaran di bawah subseksyen 7(1) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini atau peraturan-peraturan, meminta apa-apa maklumat lanjut dan membuat apa-apa pertanyaan, sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Jika seseorang yang membuat apa-apa permohonan gagal membekalkan maklumat lanjut yang diminta, atau menjawab pertanyaan yang dibuat, di bawah subseksyen (1), hingga memuaskan hati Pendaftar, Pendaftar boleh menolak permohonan itu.