/akn/my/act/act/1946/189
*AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1946
- Sections
- 29
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 is Malaysia Act, cited as Act 189 1946, currently marked in force and first recorded in 1946.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengawal dan melesen peniaga barangan sekendhend. [1 Ogos1946] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
(2)
Tiap-tiap orang yang dalam milikannya barangan sekendhend didapati sebagai didedahkan untuk jualan, atau yang didapati ada dalam milikannya barangan sekendhend dalam kuantiti luar biasa, hendaklah disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai seorang peniaga barangan sekendhend.
Peniaga Sekendhend 7
Pengecualian
(3)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dipakai bagi barang kemas yang dibeli semula oleh seseorang tukang emas atau jauhari yang telah dijual olehnya.
Pegawai pelesen
Seksyen 3
Anggapan
Dalam tiap-tiap satu Negeri, Ketua Pegawai Polis adalah pegawai pelesen tetapi dia boleh mewakilkan kuasanya berkenaan dengan sesuatu daerah dalam Negeri itu kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor.
Seksyen 4
Mengeluarkan lesen menurut budi bicara
Seseorang pegawai pelesen boleh, menurut budi bicaranya, mengeluarkan lesen di bawah Akta ini kepada orang yang diluluskan olehnya setelah dibayar bayaran yang ditetapkan dan apa-apa bayaran lain yang ditetapkan.
Seksyen 5
Pengecualian
Dalam sesuatu Negeri, Ketua Pegawai Polis boleh, menurut budi bicaranya, dan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan, mengecualikan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan dalam Negeri itu daripada mana-mana peruntukan Akta ini, selain seksyen 8 atau seksyen 14, dengan syarat–syarat dan setakat mana yang disebut dalam pengecualian itu.
Seksyen 6
Lesen
Tiada seseorang, melainkan dikecualikan daripada seksyen ini, boleh berniaga barangan sekendhend kecuali mengikut syarat lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini dalam borang dalam Jadual
Pertama, dan di tempat yang dinyatakan dalam lesen itu:
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 189
Dengan syarat bahawa seseorang yang berniaga semata-mata barangan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau mana-mana daripadanya boleh diberi lesen dalam borang dalam Jadual Ketiga.
Seksyen 7, 12, 13, 15 dan 16 tidak boleh dipakai bagi pemegang lesen itu, dan juga lesen itu tidak perlu menyatakan tempat perniagaannya, tetapi tiap-tiap pemegang lesen itu hendaklah membawa lesennya dengannya dan hendaklah mengemukakan lesen itu untuk diperiksa pada bila-bila masa apabila diminta oleh mana-mana pegawai polis.
Seksyen 7
Lesen hendaklah dipamerkan
(2)
Tiap-tiap peniaga berlesen hendaklah mempamerkan pada atau di atas pintu luar kedainya suatu papan tanda, sebesar dan pada tempat yang diarahkan oleh pegawai pelesen, yang hendaklah tercetak atasnya perkataan “Peniaga Berlesen Barangan Sekendhend”
dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, Cina dan
Tamil.
(3)
Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit.
Waktu perniagaan
Seksyen 8
Tiada seseorang peniaga berlesen boleh menerima, membeli, menjual atau menyerahkan apa-apa barang antara pukul 7 malam dan pukul 7 pagi.
Seksyen 9
Penalti
Seseorang yang melanggar seksyen 6 atau seksyen 8 boleh, apabila disabitkan, bagi kesalahan kali pertama, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak
Peniaga Sekendhend 9
melebihi tiga bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, dan, jika barangan yang diniagakan itu terdiri, kesemuanya atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, boleh, apabila disabitkan, dikenakan, sama ada bagi kesalahan pertama atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.
Seksyen 10
Mengeluarkan lesen
(a)
hendaklah dikeluarkan oleh pegawai pelesen bagi kawasan di mana orang yang dilesenkan itu menjalankan perniagaan, setelah dibayar bayaran yang ditetapkan;
(b)
hendaklah tamat tempohnya pada tiga puluh satu hari bulan Disember dalam tahun lesen itu dikeluarkan; dan
(c)
tidak boleh dipindah milik kecuali dengan izin Ketua
Pegawai Polis dan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan;
tetapi, walau bagaimanapun, sesuatu lesen itu tidak boleh dikeluarkan melainkan cap jari orang yang memohon lesen itu telah diambil oleh pegawai pelesen.
Pembatalan
Seksyen 11
Dalam mana-mana Negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana yang berkenaan, dan dalam Wilayah Persekutuan,
Menteri boleh, menurut budi bicaranya, pada bila-bila masa membatalkan sesuatu lesen yang dikeluarkan atau apa-apa pengecualian yang dibuat di bawah Akta ini.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 189
Seksyen 12
Buku akaun
(a)
suatu buku, ditulis dengan cara mudah dibaca dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, dalam mana dia hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai semua barang yang dibeli olehnya, berserta tarikh pembeliannya, harga yang dibayar baginya dan nama dan alamat orang daripada siapa dia telah membelinya dan apa-apa butir lain yang ditetapkan; dan
(b)
suatu buku, ditulis dengan cara mudah dibaca, dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris, dalam mana dia hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai semua barangan yang dijual olehnya berserta tarikh penjualannya, harga yang diterima baginya dan nama dan alamat orang kepada siapa dia telah menjualnya dan apa-apa butir lain yang ditetapkan.
(2)
Buku itu hendaklah dikemukakan untuk diperiksa pada bila-bila masa apabila diminta oleh seorang Majistret atau oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada sarjan.
(3)
Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan, bagi kesalahan kali pertama, denda tidak mlebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.
Maklumat mengenai harta curi
Seksyen 13
(2)
Jika apa-apa harta yang bersamaan dengan senarai dan perihal itu ada dalam milikan mana-mana peniaga berlesen atau ditawarkan atau ditunjukkan kemudian daripada itu kepada mana-mana peniaga berlesen, dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu memberi maklumat bermaksud demikian itu di balai polis yang hampir sekali atau kepada mana-mana pegawai polis, berserta nama dan alamat orang yang daripada siapa dia telah memperolehi harta itu atau yang telah menawarkan atau menunjukkan harta itu kepadanya.
(3)
Seseorang peniaga berlesen yang tidak memberi maklumat sebagaimana dikehendaki di bawah subseksyen (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan, bagi kesalahan kali pertama, denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, penjara bagi tempoh tidak melebihi dua tahun, dan, jika harta curi itu terdiri, kesemua atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, peniaga berlesen itu boleh, apabila disabitkan, dikenakan, sama ada bagi kesalahan kali pertama atau yang berikutnya, denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya.
(4)
Peniaga berlesen itu boleh juga dalam hal yang demikian itu menahan orang yang menawarkan atau menunjukkan harta itu sehingga polis tiba.
Laporan mengenai pembelian atau penjualan bahagian kenderaan motor
Seksyen 14
Peniaga Sekendhend 11
(2)
Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi perintah itu tanpa sebab yang munasabah boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pegawai polis boleh memasuki dan menggeledah kedai peniaga berlesen, dsb.
Seksyen 15
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada koperal atau mana-mana pegawai polis yang ditugaskan menjalankan kerja mengintip dan mana-mana pegawai polis yang diberi kuasa secara khas secara bertulis oleh pegawai pelesen untuk bertindak di bawah Akta ini, boleh memasuki mana-mana kedai peniaga berlesen pada bila-bila masa dan boleh memeriksa tanpa waran kedai peniaga berlesen itu untuk mencari apa-apa harta yang dia ada sebab bagi mengesyaki sebagai ada di dalamnya dan sebagai harta curi atau sebagai telah hilang.
Seksyen 16
Merayau-rayau
(2)
Jika apa-apa harta dikemukakan dan pegawai polis itu ada sebab bagi mengesyaki harta itu sebagai harta curi, dia boleh membawa atau menyebabkan dibawa orang dan harta itu ke balai polis yang hampir sekali untuk disenggarakan di situ mengikut undang-undang.
(3)
Jika seseorang yang dikehendaki mengemukakan sedemikian harta itu enggan diperiksa, pegawai polis itu boleh membawa orang itu atau menyebabkan supaya dia dibawa ke hadapan seorang
Majistret, dan Majistret itu boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa atau memerintah supaya diperiksa orang itu dan jika apa-apa harta itu
Peniaga Sekendhend 13
dijumpai, boleh menahannya bersama dengan harta yang dijumpai sedemikian untuk disenggarakan mengikut undang-undang.
Menyerahkan kepada pemunya
Seksyen 17
(1)
Jika seseorang disabitkan dalam mana-mana mahkamah atas suatu kesalahan terhadap Bab XVII Kanun Keseksaan [Akta 574]
berkenaan dengan apa-apa harta, dan mahkamah berpendapat bahawa harta itu telah dijual kepada seorang peniaga berlesen, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, apabila dibuktikan siapakah pemunya harta itu, memerintahkan supaya harta itu diserahkan kepada pemunyanya sama ada dengan dibayar kepada peniaga berlesen itu amaun harga beliannya itu atau apa-apa bahagiannya mengikut sebagaimana yang difikirkan adil dan patut oleh mahkamah, memandangkan kepada kelakuan pemunya itu dan hal keadaan lain kes itu.
(2)
Mahkamah boleh juga menangguhkan perbicaraan itu untuk membolehkan peniaga berlesen itu hadir dan boleh memanggil peniaga berlesen itu supaya hadir di perbicaraan tangguhan itu.
(3)
Jika, selepas mendengar peniaga berlesen itu, mahkamah berpendapat bahawa peniaga berlesen itu telah tidak berhati-hati dalam membeli sesuatu harta curi, mahkamah boleh memerintahkan peniaga berlesen itu membayar denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan, atau menanggung kedua-dua penalti itu dan, jika harta itu terdiri, sama ada kesemuanya atau sebahagiannya, daripada bahagian kenderaan motor, mahkamah boleh memerintahkan peniaga berlesen itu membayar denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau menanggung kedua-dua penalti.
Tanggungan peniaga dan pekhidmat terhadap perbuatan pekhidmat
Seksyen 18
(2)
Tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil khidmat oleh seorang peniaga berlesen dalam perjalanan perniagaannya sebagai demikian yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara yang akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh peniaga berlesen itu, hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu.
Bidang kuasa
Seksyen 19
Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menjatuhkan apa-apa hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu.
Seksyen 20
Kaedah-kaedah
Dalam mana-mana Negeri, Pihak Berkuasa Negeri itu, dan, dalam Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan bayaran bagi lesen dan pengecualian dan bagi pindah milik lesen di bawah Akta ini;
(c)
untuk menetapkan syarat yang akan dicatat dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
Peniaga Sekendhend 15
(d)
untuk menetapkan buku yang akan disimpan oleh peniaga berlesen dan butir-butir yang akan dicatatkan dalamnya; dan
Seksyen 21
Menteri boleh mengubah Jadual Kedua melalui pemberitahuan dalam Warta.
Seksyen 22
Pemansuhan
Ordinan dan Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Keempat kepada Akta ini adalah dengan ini dimansuhkan.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 189
Jadual
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 6]
Wilayah Persekutuan / Negeri..............................................................
LESEN UNTUK BERNIAGA BARANG-BARANG SEKENDHEND
Kebenaran adalah dengan ini diberi kepada
Nama penuh.................................................................................................
Pekerjaan......................................................................................................
untuk berniaga barangan sekendhend di..............................................
(di sini nyatakan alamat premis berlesen) tertakluk kepada peruntukan Akta
Peniaga Sekendhend 1946 dan peruntukan mana-mana kaedah dan perintah yang berkuat kuasa pada masa itu di bawahnya dan kepada syarat yang berikut:
Bayaran dijelaskan RM................................
...................................................
Ketua Pegawai Polis
Peniaga Sekendhend 17
Jadual
JADUAL KEDUA
[Seksyen 6]
Beg guni, kain layar, kanvas.
Botol.
Besi dan logam lama, selain loyang, tembaga, plumbum , zink dan timah bongkah.
Kotak dan peti kayu dan yang berlapik dengan timah.
Tin minyak tanah, tong minyak, dan bekas kosong lain yang seumpamanya.
Jadual
JADUAL KETIGA
[Seksyen 6]
Wilayah Persekutuan / Negeri..............................................................
Kebenaran adalah dengan ini diberi kepada................................................................
beralamat......................................................................................................................
untuk berniaga barangan sekendhend dari perihal yang disebut di bawah ini.
Beg guni, kain layar, kanvas.
Botol
Besi dan logam lama, selain loyang, tembaga, plumbum , zink dan timah bongkah.
Kotak dan peti kayu yang berlapik dengan timah
Tin minyak tanah, tong minyak, dan bekas kosong lain yang seumpamanya.
........................................................
Ketua Pegawai Polis
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 189
Jadual
JADUAL KEEMPAT
[Seksyen 22]
Enakmen Peniaga Sekendhend Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Bab 86).
Ordinan Peniaga Sekendhend Negeri-negeri Selat (Bab 215).
Enakmen Peniaga Sekendhend Negeri Johor (No.50).
Enakmen Peniaga Sekendhend Negeri Trengganu (Enakmen No. 35 tahun 1356).
19
AKTA 189
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk Ringkas
Berkuat kuasa dari
Ord. M.U. 31/1946
Ordinan Peniaga Sekendhend (Pindaan)
1946
01-01-1947
Ord. N.M.B. 1/1948
Ordinan Pemindahan Kuasa-kuasa 1948
06-03-1948
P.U. 332/1958
Perintah
Perlembagaan
Persekutuan
(Pengubahsuaian
Undang-undang)
(Ordinan dan Perisytiharan) 1958
13-11-1958
Akta 29/1961
Akta Peniaga Sekendhend (Pindaan)
1961 21-09-1961
20
AKTA 189
SENARAI PINDAAN
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Ord. 31/1946
Akta 29/1961
01-01-1947
21-09-1961 3
5
11
12
Ord. 31/1946
01-01-1947
14
Ord. 31/1946
Akta 29/1961
01-01-1947
21-09-1961
Jadual
Jadual Pertama
Jadual
Jadual Kedua
Jadual
Jadual Keempat
Ord. 31/1946
01-01-1947
Common questions
- What is SECOND-HAND DEALERS ACT 1946?
- *AKTA PENIAGA SEKENDHEND 1946 is Malaysia Act, cited as Act 189 1946, currently marked in force and first recorded in 1946.
- Is SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 still in force?
- Yes — SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 is currently in force.
- When did SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 take effect?
- SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 was first recorded in 1946.
- How many sections does SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 have?
- SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 contains 22 sections.
- Where can I read the official version of SECOND-HAND DEALERS ACT 1946?
- The official text of SECOND-HAND DEALERS ACT 1946 is published at lom.agc.gov.my.