Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

10. Mengeluarkan lesen

Feedback & support

Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini—

(a)

hendaklah dikeluarkan oleh pegawai pelesen bagi kawasan di mana orang yang dilesenkan itu menjalankan perniagaan, setelah dibayar bayaran yang ditetapkan;

(b)

hendaklah tamat tempohnya pada tiga puluh satu hari bulan Disember dalam tahun lesen itu dikeluarkan; dan

(c)

tidak boleh dipindah milik kecuali dengan izin Ketua

Pegawai Polis dan setelah dibayar bayaran yang ditetapkan;

tetapi, walau bagaimanapun, sesuatu lesen itu tidak boleh dikeluarkan melainkan cap jari orang yang memohon lesen itu telah diambil oleh pegawai pelesen.

Report