Skip to content

Seksyen 14

Laporan mengenai pembelian atau penjualan bahagian kenderaan motor

of Akta Peniaga Sekendhend 1946

ActIn forceProvision 14 of 22
Seksyen 14

(1)

Tiap-tiap peniaga berlesen yang berniaga bahagian kenderaan motor hendaklah, apabila dikehendaki dengan perintah bertulis oleh pegawai pelesen, melaporkan secara bertulis, berkenaan dengan tempoh dan dengan cara yang dinyatakan dalam perintah itu, kepada balai polis yang hampir sekali butir-butir lengkap mengenai mana-mana bahagian kenderaan motor yang telah dibeli atau dijual olehnya serta harga yang telah dibayar dan nama dan alamat penjual atau pembelinya, mengikut mana yang berkenaan. Laporan itu hendaklah ditulis dengan cara mudah dibaca dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa Inggeris.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 189

(2)

Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi perintah itu tanpa sebab yang munasabah boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Pegawai polis boleh memasuki dan menggeledah kedai peniaga berlesen, dsb.