Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Peniaga Sekendhend 1946
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bahagian kenderaan motor” ertinya apa-apa bahagian komponen bagi kenderaan motor dan apa-apa tayar, tiub, lampu, alat atau apa-apa pasangan, alat tambah, alat cantum atau kelengkapan lain bagi kenderaan motor;
“daerah” ertinya sesuatu daerah yang ditadbir sebagai suatu daerah atau daerah kecil polis;
“harta curi’ ertinya harta yang telah berpindah milik oleh sebab kecurian, atau oleh sebab pemerasan, atau oleh sebab rompakan, dan harta yang telah disalahgunakan secara jenayah atau yang mengenainya pecah amanah jenayah atau penipuan telah dilakukan, sama ada pindah milik itu telah dibuat atau salah guna atau pecah amanah atau penipuan itu telah dilakukan di dalam atau di luar
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 189
Malaysia; tetapi jika harta itu kemudiannya sampai ke dalam milikan orang yang berhak memilikinya di sisi undang-undang, harta itu, tidak lagi menjadi harta curi;
“kedai” termasuklah rumah, tempat perniagaan atau premis lain;
“kenderaan motor” ertinya kereta yang dijalankan dengan kuasa jentera yang dicadangkan atau disesuaikan untuk digunakan di jalan raya;
“Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi mengawal selia peniaga sekendhend;
“orang”
termasuklah sesuatu firma atau seseorang yang menjalankan perniagaan atas nama sesuatu firma;
“pegawai pelesen” ertinya Ketua Pegawai Polis dan termasuklah mana-mana pegawai polis yang kepadanya dia boleh mewakilkan kuasa di bawah seksyen 3;
“peniaga pelesen” ertinya seseorang peniaga yang dilesenkan atau dikecualikan daripada dilesenkan di bawah Akta ini yang berniaga barangan sekendhend sahaja, atau yang berniaga barangan sekendhend berserta barangan bukan sekendhend.
Anggapan
(2)
Tiap-tiap orang yang dalam milikannya barangan sekendhend didapati sebagai didedahkan untuk jualan, atau yang didapati ada dalam milikannya barangan sekendhend dalam kuantiti luar biasa, hendaklah disifatkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai seorang peniaga barangan sekendhend.
Peniaga Sekendhend 7
Pengecualian
(3)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dipakai bagi barang kemas yang dibeli semula oleh seseorang tukang emas atau jauhari yang telah dijual olehnya.