7. Lesen hendaklah dipamerkan
Feedback & support(1)
Tiap-tiap peniaga berlesen hendaklah mempamerkan lesennya di suatu tempat yang mudah dilihat dalam kedainya.
(2)
Tiap-tiap peniaga berlesen hendaklah mempamerkan pada atau di atas pintu luar kedainya suatu papan tanda, sebesar dan pada tempat yang diarahkan oleh pegawai pelesen, yang hendaklah tercetak atasnya perkataan “Peniaga Berlesen Barangan Sekendhend”
dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris, Cina dan
Tamil.
(3)
Seseorang peniaga berlesen yang tidak mematuhi seksyen ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi dua ratus ringgit.