Skip to content

Seksyen 16

Merayau-rayau

of Akta Peniaga Sekendhend 1946

ActIn forceProvision 16 of 22
Seksyen 16

(1)

Seseorang pegawai polis yang ada sebab bagi mempercayai bahawa seseorang yang berada di dalam atau merayau-rayau di kedai peniaga berlesen dalam hal keadaan yang menimbulkan syak ada dengannya apa-apa harta curi boleh menahan orang itu dan menghendakinya mengemukakan apa-apa harta yang ada dengannya.

(2)

Jika apa-apa harta dikemukakan dan pegawai polis itu ada sebab bagi mengesyaki harta itu sebagai harta curi, dia boleh membawa atau menyebabkan dibawa orang dan harta itu ke balai polis yang hampir sekali untuk disenggarakan di situ mengikut undang-undang.

(3)

Jika seseorang yang dikehendaki mengemukakan sedemikian harta itu enggan diperiksa, pegawai polis itu boleh membawa orang itu atau menyebabkan supaya dia dibawa ke hadapan seorang

Majistret, dan Majistret itu boleh, jika difikirkannya patut, memeriksa atau memerintah supaya diperiksa orang itu dan jika apa-apa harta itu

Peniaga Sekendhend 13

dijumpai, boleh menahannya bersama dengan harta yang dijumpai sedemikian untuk disenggarakan mengikut undang-undang.