Skip to content

Seksyen 20

Kaedah-kaedah

of Akta Peniaga Sekendhend 1946

ActIn forceProvision 20 of 22
Seksyen 20

Dalam mana-mana Negeri, Pihak Berkuasa Negeri itu, dan, dalam Wilayah Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, boleh membuat kaedah-kaedah bagi mana-mana maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan bayaran bagi lesen dan pengecualian dan bagi pindah milik lesen di bawah Akta ini;

(b)

untuk menetapkan borang pengecualian di bawah Akta ini;

(c)

untuk menetapkan syarat yang akan dicatat dalam lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

Peniaga Sekendhend 15

(d)

untuk menetapkan buku yang akan disimpan oleh peniaga berlesen dan butir-butir yang akan dicatatkan dalamnya; dan

(e)

amnya untuk melaksanakan maksud Akta ini.