Seksyen 18
Tanggungan peniaga dan pekhidmat terhadap perbuatan pekhidmat
of Akta Peniaga Sekendhend 1946
Jika sesuatu perbuatan atau perkara dilakukan atau tidak dilakukan oleh mana-mana ejen atau pekhidmat yang diambil khidmat oleh seorang peniaga berlesen, yang, jika
Peniaga Sekendhend 14
dilakukan atau tidak dilakukan oleh peniaga berlesen itu sendiri akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, peniaga berlesen itu adalah bertanggungan terhadap kesalahan itu seolah-olah perbuatan atau perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan olehnya.
(2)
Tiap-tiap ejen atau pekhidmat yang diambil khidmat oleh seorang peniaga berlesen dalam perjalanan perniagaannya sebagai demikian yang melakukan atau tidak melakukan apa-apa perkara yang akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh peniaga berlesen itu, hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan bagi kesalahan itu.