/akn/my/act/act/1959/297
AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1959
- Sections
- 26
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 is Malaysia Act, cited as Act 297 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pencegahan jenayah yang lebih efektif di Malaysia Barat dan bagi pengawalan penjenayah-penjenayah, anggota-anggota kongsi gelap dan orang-orang lain yang tak diingini, dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. [1hb April 1959.] [P.U.85/59.]
Seksyen 2
(2)
Sebutan mengenai pengawasan polis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai obligasi yang dikenakan ke atas orang-orang yang tertakluk kepada pengawasan polis di bawah seksyen 296 Kanun Prosedur Jenayah.
Bahagian I
BAHAGIAN I
KUASA MENANGKAP DAN MENAHAN
Seksyen 3
(2)
Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen (1), melainkan terlebih dahulu dilepaskan, hendaklah dibawa tanpa kelengahan yang tak munasabah, dan dalam mana-mana hal dalam masa dua puluh empat jam (tidak termasuk masa bagi perjalanan yang perlu) di hadapan seorang Majistret.
Seksyen 4
(a)
atas pengemukaan pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada seorang Penolong Penguasa yang menyatakan bahawa ada alasan-alasan bagi mempercayai bahawa nama orang itu patut dimasukkan ke dalam Daftar, menahan orang itu dalam jagaan polis bagi tempoh selama empat belas hari; atau
(b)
jika tiada pernyataan sedemikian dikemukakan, dan tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah mengarahkan pelepasannya.
(2)
Mana-mana orang yang ditahan di bawah subseksyen (1) (a), melainkan terlebih dahulu dilepaskan, hendaklah pada atau selepas habis tempoh yang dia ditahan dibawa di hadapan seorang Majistret, yang hendaklah—
(i)
suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya atau seorang Timbalan Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa pada pendapatnya ada keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan diadakan suatu siasatan di bawah seksyen 9; dan
(ii)
suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa yang menyatakan bahawa adalah dicadangkan untuk diadakan suatu siasatan mengenai kes orang tersebut di bawah seksyen 9, memerintahkan orang itu ditahan dalam jagaan bagi tempoh dua puluh lapan hari; atau
(b)
jika tiada pernyataan sedemikian dikemukakan, dan tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, mengarahkan pelepasannya.
Seksyen 5
(b)
dalam apa jua hal lain memerintahkan supaya orang itu ditahan dalam jagaan atau mengarahkan supaya dia tertakluk di bawah pengawasan polis, bagi sesuatu tempoh lanjut, tidak melebihi dua puluh lapan hari, sebagaimana dia fikirkan perlu bagi maksud menyelesaikan prosiding di bawah Akta ini.
(a)
jika berpuas hati bahawa telah berlaku kelengahan yang tak munasabah dalam menyelesaikan prosiding di bawah Akta ini, dan tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, mengarahkan pelepasannya;
(2)
Apabila habis tempoh mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) (b) mana-mana orang yang ditahan dalam jagaan di bawahnya, melainkan terlebih dahulu dilepaskan, (dan sama ada atau tidak prosiding di bawah Akta ini telah diselesaikan) hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang hendaklah, jika tiada alasan-alasan lain yang menahan orang itu dengan sah, sesudah itu mengarahkan pelepasannya.
Seksyen 6
Tiap-tiap orang yang ditahan dalam jagaan di bawah seksyen 4 atau 5, jika tidak terlebih dahulu dilepaskan, hendaklah dengan secepat mungkin dibawa di hadapan Pegawai Siasatan.
Seksyen 7
Mana-mana orang yang ditahan dalam jagaan di bawah seksyen 4 atau 5 boleh pada bila-bila masa dibawa di hadapan seorang Majistret, jika tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah—
(a)
hendaklah mengarahkan pelepasannya jika dikemukakan kepadanya suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa yang menyatakan dia tidak bercadang untuk meneruskan siasatan mengenai kes orang tersebut di bawah seksyen 9; atau
(b)
dalam apa jua hal lain, atas permohonan seorang pegawai polis boleh mengarahkan pelepasannya tertakluk kepada—
(i)
pelaksanaan suatu bon oleh orang itu dengan atau tanpa penjamin, bagi kehadirannya dengan sewajar di tempat atau tempat-tempat tersebut dan pada masa atau masa-masa tersebut dan dalam apa-apa tempoh tidak melebihi empat puluh dua hari, sebagaimana diarahkan oleh Majistret; atau
(ii)
pengawasan polis bagi apa-apa tempoh tidak melebihi empat puluh dua hari sebagaimana diarahkan oleh Majistret.
Bahagian II
BAHAGIAN II
SIASATAN
Seksyen 8
Menteri boleh secara bertulis dan ditandatanganinya melantik mana-mana orang melalui nama atau jawatan, dan sama ada am atau pada manamana hal tertentu, untuk menjadi Pegawai Siasatan bagi maksud-maksud Akta ini: dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai polis boleh dilantik untuk menjadi seorang Pegawai Siasatan.
Seksyen 9
(2)
Sesuatu siasatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) hendaklah diadakan dengan cara dan menurut prosedur sebagaimana diarahkan oleh Menteri.
(3)
Seorang Pegawai Siasatan boleh, bagi maksud mana-mana siasatan di bawah Akta ini—
(a)
memperolehi dan menerima semua keterangan, sama ada lisan atau bertulis dan sama ada boleh-terima atau tidak boleh-terima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan keterangan atau prosedur jenayah, yang difikirkannya perlu atau diingini;
(b)
memanggil dan memeriksa saksi-saksi atas sumpah atau ikrar, dan boleh bagi maksud-maksud tersebut mengendali apa-apa sumpah atau ikrar;
(c)
menghendaki dikemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya adalah relevan kepada siasatan itu;
(d)
jika dipertimbangkannya perlu bagi kepentingan awam, menerima keterangan walaupun orang yang menjadi hal-perkara siasatan itu tidak hadir:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa keterangan sedemikian diterima, Pegawai Siasatan hendaklah memberitahu orang itu tentang isi keterangan itu, setakat mana yang dipertimbangkannya bersesuaian dengan kepentingan awam, dan hendaklah dalam tiap-tiap hal sedemikian memasukkan dalam mana-mana laporan yang dibuat di bawah seksyen 10 (2) suatu pernyataan mengenai hal keadaan dalam mana keterangan itu telah diterima.
(4)
Mana-mana orang yang disaman sebagai seorang saksi di bawah subseksyen (3) yang tanpa alasan yang munasabah tidak hadir pada masa dan tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan menjawab mana-mana soalan yang
PENCEGAHAN JENAYAH dikemukakan kepadanya dengan sah atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk mengemukakan, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Seksyen 10
(2)
Jika Pegawai Siasatan berpuas hati bahawa ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang yang menjadi hal-perkara siasatan ialah seorang anggota mana-mana kategori boleh didaftarkan, dia hendaklah melaporkan alasan-alasan bersama dengan dapatannya, kepada Menteri, dan hendaklah memajukan suatu salinan dapatannya kepada pegawai yang menjaga orang itu, dan pegawai tersebut hendaklah dengan serta-merta menyampaikan suatu salinan dapatan Pegawai Siasatan kepada orang itu.
Seksyen 11
(2)
Dalam membuat pengkajian semula di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah, dan selepas menimbangkan nasihat seorang pegawai undangundang mengenainya—
(b)
mengakaskan dapatan itu:
Dengan syarat bahawa jika Menteri mengakaskan mana-mana dapatan sedemikian, dan jika orang yang membuat permintaan itu masih berada dalam jagaan, Menteri hendaklah dalam masa dua puluh empat jam selepas keputusannya dibuat, mengarahkan orang itu dibawa di hadapan seorang Majistret, yang hendaklah sesudah itu melepaskan perintah tahanan orang itu dan, jika tiada alasan-alasan lain bagi menahan orang itu dengan sah, hendaklah mengarahkan pelepasannya dengan sertamerta.
Bahagian III
BAHAGIAN III
PENDAFTARAN
Seksyen 12
(a)
yang dilaporkan oleh seorang Pegawai Siasatan adalah seorang yang berkenaan dengannya ada alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia adalah seorang anggota mana-mana kategori boleh didaftarkan; dan
(b)
yang tidak meminta kajian semula di bawah seksyen 11, atau berkenaan dengannya Menteri telah mengesahkan dapatan yang dibuat di bawah seksyen 10 (2), bersama dengan butir-butir lain sebagaimana ditetapkan.
(2)
Menteri boleh, jika difikirkannya adalah bagi ketenteraman atau keselamatan awam untuk berbuat demikian, dengan atau tanpa siasatan di bawah Akta ini mengarah Pendaftar untuk memasukkan nama ke dalam Daftar, dan apa-apa butir sebagaimana ditetapkan, mengenai mana-mana orang yang adalah seorang anggota mana-mana kategori boleh didaftarkan yang ditetapkan di dalam Bahagian II Jadual Pertama.
Seksyen 13
(b)
mendapat apa-apa butir lain berhubungan dengan orang itu sebagaimana ditetapkan atau sebagaimana perlu bagi melaksanakan pendaftaran sedemikian.
(2)
Jika mana-mana orang tidak hadir sebagaimana diarahkan, seorang pegawai polis boleh melaporkan hal ketakhadiran itu kepada Majistret yang hendaklah sesudah itu mengeluarkan suatu waran untuk menjamin kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki.
Seksyen 14
Menteri boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya mengarahkan Pendaftar mengeluarkan nama mana-mana orang daripada Daftar, dan sesudah itu orang itu adalah terhenti daripada menjadi seorang berdaftar, melainkan dan sehingga namanya dimasukkan semula berikutnya ke dalam Daftar menurut seksyen 12.
14
Bahagian IV
BAHAGIAN IV
AKIBAT PENDAFTARAN
Seksyen 15
(2)
Mana-mana orang yang diletakkan di bawah pengawasan polis melalui perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah juga tertakluk kepada semua atau mana-mana sekatan berikut, sebagaimana Menteri boleh melalui perintah mengarahkan—
(a)
dia adalah dikehendaki bermastautin di dalam mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
dia tidaklah dibenarkan berpindah ke manamana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung lain, mengikut mana yang berkenaan, tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai Polis mana-mana Negeri yang berkenaan;
(c)
kecuali setakat mana yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidaklah boleh meninggalkan Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang di dalamnya dia bermastautin tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pegawai Polis Negeri yang berkenaan;
(d)
dia hendaklah pada setiap masa memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana dia bermastautin mengenai rumah atau tempat di mana dia bermastautin;
(e)
dia hendaklah menghadirkan dirinya di balai polis yang terdekat pada masa atau masa-masa sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu;
(f)
dia hendaklah berada dalam rumah, atau dalam kawasan sebagaimana ditakrifkan dalam perintah itu, pada masa-masa sebagaimana ditetapkan dalam perintah itu, melainkan dia telah mendapat kebenaran khas sebaliknya daripada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis;
(g)
kecuali setakat mana yang diperuntukkan selainnya oleh perintah itu, dia tidaklah dibenarkan untuk memasuki mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung yang dinyatakan dalam perintah.
(3)
Menteri boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah bertulis yang disampaikan kepada orang berdaftar itu, mengubah, membatal atau menambah kepada mana-mana sekatan yang dikenakan di bawah seksyen ini.
(4)
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar atau tidak mematuhi mana-mana perintah atau sekatan yang dikenakan ke atasnya di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun dan tidak kurang daripada dua tahun.
Seksyen 16
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
16
Seksyen 17
Mana-mana orang berdaftar yang disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan selepas tarikh kemasukan namanya ke dalam Daftar di bawah peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua boleh dikenakan penjara selama tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan ke atasnya apabila disabitkan ke atas kesalahan itu, dan juga sebat.
Seksyen 18
Mana-mana orang berdaftar yang—
(a)
dijumpai antara masuk matahari dan matahari terbit, selalu berada atau merayau-rayau di atau dekat mana-mana tempat awam atau di atau berhampiran dengan mana-mana tempat hiburan awam; atau
(b)
pada bila-bila masa didapati bersama dengan dua orang berdaftar atau lebih; atau
(c)
pada bila-bila masa dijumpai di atau dekat mana-mana tempat di mana perbuatan keganasan atau pecah keamanan dilakukan atau baharu dilakukan, dan dia tidak dapat dengan memuaskan menjelaskan tentang kehadirannya di tempat atau pada masa itu atau bersama dengan orang-orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh satu tahun atau denda satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perlindungan.
Seksyen 19
(2)
Mana-mana orang yang menyedari kehadiran mana-mana orang dalam mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung, yang bukannya suami atau isteri orang yang pertama disebut itu, yang telah diperintahkan supaya jangan memasuki mana-mana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung atau telah diperintahkan supaya bermastautin di manamana Negeri, daerah, mukim, bandar atau kampung lain, dan juga menyedari perbuatan perintah sedemikian, hendaklah jika tidak ada alasan yang munasabah, bukti baginya adalah terletak ke atasnya, dengan serta-merta memberi maklumat mengenainya kepada pegawai polis atau Majistret yang terdekat, dan jika tidak berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau keduaduanya.
Bahagian V
BAHAGIAN V
Seksyen 20
(2)
Pada membuat apa-apa penyiasatan di bawah subseksyen (1) seorang pegawai polis boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa berhubungan dengan penyiasatan polis dalam manamana kes boleh tangkap yang telah diberikan kepadanya oleh undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur jenayah.
Seksyen 20A
Seorang pegawai polis boleh tanpa suatu waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu telah melakukan suatu kesalahan terhadap seksyen 16, 18 atau 19 dan setiap kesalahan sedemikian boleh ditangkap dan tidak boleh jamin bagi maksud-maksud Kanun Prosedur Jenayah.
Seksyen 21
(2)
Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang di bawah subseksyen (1) untuk membenarkan diambil gambarfoto atau cap jarinya enggan atau tidak membenarkan diambil gambarfoto atau cap jarinya apabila diminta adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu bulan atau denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ringgit atau kedua-duanya.
(3)
Apabila—
(a)
mana-mana orang yang gambarfoto dan cap jarinya telah diambil di bawah seksyen ini dilepaskan di bawah seksyen 4,5,7,10 atau 11; atau
(b)
nama mana-mana orang dikeluarkan daripada Daftar di bawah seksyen 14, pegawai yang mengendalikan kes itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pendaftar mengenainya, dan Pendaftar hendaklah, atas permohonan orang itu, menghantar kepada orang itu kertas yang di atasnya
PENCEGAHAN JENAYAH cap jarinya telah dibuat, bersama dengan negatif dan kesemua salinan mana-mana gambarfoto orang itu yang telah diambil dan dimajukan kepada Pendaftar di bawah seksyen ini; dan jika tiada permohonan sedemikian diterima dalam masa tiga bulan daripada tarikh pelepasan atau pengeluaran itu Pendaftar hendaklah memusnahkan kertas dan setiap negatif dan gambarfoto sedemikian.
Seksyen 22
Dewan Rakyat boleh melalui ketetapan memotong mana-mana peruntukan daripada atau menambah kepada atau mengubah peruntukan-peruntukan Jadual-jadual.
Seksyen 23
(2)
Tanpa menyentuh keluasan kuasa-kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) peraturan-peraturan itu boleh—
(a)
menetapkan bentuk Daftar, dan apa-apa borang lain sebagaimana perlu atau dikehendaki untuk digunakan berkaitan dengan perkara-perkara yang diuruskan di dalam Akta ini atau di dalam mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;
(b)
menghendaki kesemua atau mana-mana kelas orang berdaftar untuk membawa kad pengenalan, memperuntukkan bentuk, pengeluaran, penghasilan, pemeriksaan pembatalan, pengubahan, endorsemen ke atas dan pengembalian kad-kad itu, dan penggantiannya dengan kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang-orang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan bagi semua perkara lain yang perlu atau dikehendaki berkaitan dengan kad-kad atau pelaksanaannya atau penguatkuasaan peraturan-peraturan, termasuk penetapan penalti-penalti yang tidak lebih daripada berkaitan dengan mana-mana kesalahan denda lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tiga tahun atau kedua-duanya;
(c)
memperuntukkan bagi apa-apa perkara lain yang di bawah Akta ini dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan.
(3)
Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dengan secepat mungkin di Dewan Rakyat, dan jika ketetapan Dewan Rakyat diluluskan dalam masa tiga bulan berikutnya selepas mana-mana perintah atau peraturan sedemikian, mengikut mana yang berkenaan, dibentangkan di Dewan Rakyat bahawa perintah atau peraturan hendaklah dibatalkan, maka perintah atau peraturan itu hendaklah sejak dari itu menjadi tak sah, tetapi tanpa menjejaskan keesahan apa-apa yang dibuat sebelumnya di bawahnya, atau kepada pembuatan mana-mana perintah atau peraturan baharu.
Jadual
JADUAL PERTAMA
(Seksyen 2 dan 22)
KATEGORI BOLEH DIDAFTARKAN
BAHAGIAN I
1. Semua anggota pertubuhan yang menyalahi undang-undang yang—
menggunakan upacara Triad; atau
ditubuhkan atau digunakan bagi maksud-maksud yang melibatkan perlakuan kesalahan-kesalahan boleh tangkap di bawah undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur jenayah; atau
merahsiakan tujuan-tujuannya.
2. Orang-orang yang menganggotai mana-mana kumpulan, badan, gerombolan atau persatuan seramai lima orang atau lebih yang bersekutu bagi maksud-maksud yang meliputi perlakuan kesalahan-kesalahan yang melibatkan keganasan atau pemerasan.
3. Semua pengedar opium, candu, bhang atau dadah merbahaya lain, sama ada sama jenisnya dengan opium, candu dan bhang atau tidak.
4. Semua pedagang yang mendagangkan wanita dan gadis, termasuk orang-orang yang menyara hidupnya keseluruhannya atau sebahagiannya dengan hasil pelacuran.
5. Semua orang yang lazimnya terlibat dalam pengelolaan dan pemajuan judi haram.
BAHAGIAN II
(Seksyen 12 (2))
1. Semua orang, yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun, telah semenjak mencapai umur tujuh belas tahun telah disabitkan sekurang-kurangnya tiga kali di atas kesalahankesalahan yang melibatkan kecurangan atau keganasan.
2. Semua orang, yang telah disabitkan dengan kesalahan kesalahan terhadap seksyen 52 (3) Akta Pertubuhan 1966.
3. Semua orang yang pada bila-bila masa telah menjadi halperkara perintah buang negeri di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan buang negeri, sama ada perintah itu telah dimansuhkan atau dibatalkan atau luput-pakai.
4. Semua orang yang menjadi hal-perkara perintah-perintah di bawah Enakmen Kediaman Terhad bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Jadual
JADUAL KEDUA
(Seksyen 17 dan 22)
1. Kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 42, 43, 44 dan 52 Akta 13/66. Pertubuhan.
2. Kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, seperti berikut:
Seksyen 323,324,325,327,332,333,346,347,352,353,356, 357,365,384 hingga 387,392,393,399,401,402,447,448,450 hingga 458 dan Bab V dan seksyen 511.
3. Kesalahan-kesalahan di bawah Ordinan Bahan Kakisan dan 43158. Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
22
Akta 297
AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 (Disemak—1983)
Butir-butir di bawah seksyen 7 (ii) dan (iii) Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (Akta 1)
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang memindaTajuk ringkasBerkuatkuasa dariAkta 26/60...Akta Pencegahan Jenayah(Pindaan)196030-7-1960Akta 6/66...Akta Pencegahan Jenayah(Pindaan)196627-1-1966Akta 13/66...Akta Pertubuhan19661-2-1966Akta 23/67...Akta Tafsiran196718-5-1967Akta 7...Akta Pendaftaran Penjenayahdan Orang-orang yang TakDiingini19692-5-1969Akta 160...Akta Matawang Malaysia(Ringgit)197529-8-1975Akta A324...Akta Kanun Prosedur Jenayah(Pindaan dan Perluasan)197610-1-1976
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No. Tajuk
Ordinan P.T.M. Ordinan Pencegahan Jenayah 1959 No.13 Tahun 1959
Common questions
- What is PREVENTION OF CRIME ACT 1959?
- AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 is Malaysia Act, cited as Act 297 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
- Is PREVENTION OF CRIME ACT 1959 still in force?
- Yes — PREVENTION OF CRIME ACT 1959 is currently in force.
- When did PREVENTION OF CRIME ACT 1959 take effect?
- PREVENTION OF CRIME ACT 1959 was first recorded in 1959.
- How many sections does PREVENTION OF CRIME ACT 1959 have?
- PREVENTION OF CRIME ACT 1959 contains 24 sections.
- Where can I read the official version of PREVENTION OF CRIME ACT 1959?
- The official text of PREVENTION OF CRIME ACT 1959 is published at lom.agc.gov.my.