Skip to content
ActIn force

Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak)

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1968
Sections
14
Languages
MS · EN

Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) is Malaysia Act, cited as Act 437 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.

Front matterCover and publication detailsOpen

Act Parlimen

No. 35 tahun 1968

ACT (PERBADANAN) MAKTAB KERJASAMA, 1968

Suatu Act bagi memperbadankan Maktab Kerjasama Malaysia, bagi maksud mengembang dan menggalakkan latehan dan pengajian mengenai kerjasama dan bagi mengadakan peruntokan bagi perkara $ ^{2} $ yang berkenaan dengan-nya.

[ 166 November 1968 ] Pk. 422/68

MAKA INI-LAH DI-PERBUAT UNDANG $ ^{2} $ oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Ra'ayat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripada-nya, saperti berikut:

(1)

Act ini boleh-lah di-namakan Act (Perbadanan) Maktab Kerjasama, 1968, dan hendak-lah mula berkuatkuasa pada tarikh yang di-tetapkan oleh Mentri melalui pemberitahu dalam Warta, dan tarikh itu tidak-lah boleh lebeh awal daripada tarikh pemberitahu itu di-siarkan.

(2)

Act ini hendak-lah di-pakai di-seluroh Persekutuan.

Dalam Act ini—

"Mentri" erti-nya Mentri yang bertanggong-jawab bagi kemajuan kerjasama;

Tafsiran.

"tahun kewangan" erti-nya tempoh yang bermula pada satu haribulan Januari hingga tiga puloh satu haribulan Disember dalam sa-suatu tahun.

(1)

Yayasan yang bernama Maktab Kerjasama Tanah Melayu sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa hendaklah, apabila Act ini mula berkuatkuasa, menjadi suatu pertubohan yang di-perbadankan bernama "Maktab Kerjasama Malaysia" (di-bawah ini di-rujok sa-bagai "Maktab") yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri, dan juga kuasa memperolehi dan memegang harta yang boleh di-aleh atau yang tak boleh di-aleh dan melepaskannya atau dengan jalan lain mengurus mengenai-nya.

(2)

Maktab hendak-lah di-tadbirkan oleh Majlis Maktab Kerjasama Malaysia (di-bawah ini di-rujok sa-bagai "Majlis") dan hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ yang berikut—

(a)

Setia-usaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Sharikat Kerjasama sa-bagai Pengerusi;

(b)

Pesurohjaya Kemajuan Kerjasama sa-bagai Timbalan Pengerusi;

(d)

empat orang yang mewakili gerakan $ ^{2} $ kerjasama luar-bandar di-dalam Persekutuan;

(e)

empat orang yang mewakili gerakan $ ^{2} $ kerjasama dalam bandar di-dalam Persekutuan;

(f)

dua orang wakil Kementerian Pertanian dan Sharkat Kerjasama; dan

(3)

Ahli? Majlis dalam perenggan (d), (e) dan (g) sekshen kechil (2) hendak-lah di-lantek oleh Mentri.

(4)

Mentri boleh memberi kapada Majlis arahan $ ^{2} $ yang 'am yang tidak berlawanan dengan peruntokan $ ^{2} $ Act ini, berkenaan dengan menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah Act ini; dan Majlis hendak-lah menjalankan arahan $ ^{2} $ itu.

(5)

Peruntokan $ ^{2} $ Jadual kapada Act ini hendak-lah berkuatkuasa berkenaan dengan Majlis.

Tugas $ ^{2} $ Maktab ia-lah mengembang dan menggalakkan pengajian kerjasama di-dalam Persekutuan; dan bagi maksud itu Maktab boleh—

(a)

mengadakan peruntokan $ ^{2} $ bagi suatu kursus dalam pengajian kerjasama dan apa $ ^{2} $ kursus pengajian lain dan memberi diploma $ ^{2} $ bagi kursus $ ^{2} $ itu sabagaimana yang di-fikirkan patut oleh Maktab;

(b)

menchetak atau menyiarkan atau membantu menchetak atau menyiarkan buku $ ^{2} $ mengenai kerjasama atau perkara yang berhubong dengan-nya;

(c)

membuat apa $ ^{2} $ kaedah sa-bagaimana yang perlu bagi mengator tanggongjawab $ ^{2} $ dan mengawal pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ Maktab dan mengenakan apa $ ^{2} $ bayaran yang kena di-bayar bagimana $ ^{2} $ kursus pengajian sa-bagaimana yang difikirkan-nya patut; dan

(d)

menjalankan penyelidekan atas perkara $ ^{2} $ kerjasama

(1)

Bagi maksud menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah perenggan (a) sekshen 4, Maktab hendak-lah melantek suatu jawatan-kuasa dan jawatan-kuasa itu hendak-lah membuat shor $ ^{2} $ kapada Maktab mengenai sukatan-pelajaran yang sesuai yang di-kehendaki bagi mana $ ^{2} $ kursus pengajian, chara-nya pepereksaan untok menghadiahkan apa $ ^{2} $ diploma bagi mana $ ^{2} $ kursus pengajian itu boleh di-jalankan dan mengenai apa $ ^{2} $ perkara lain berhubong dengan mana $ ^{2} $ kursus pengajian sa-bagaimana yang di-rujokkan kapada jawatan-kuasa oleh Maktab; dan jawatan-kuasa itu hendak-lah termasok orang $ ^{2} $ yang berikut—

(a)

Pesurohjaya Kemajuan Kerjasama hendak-lah menjadi Pengerusi Jawatan-kuasa;

(b)

sa-orang wakil Kementerian Pertanian dan Sharikat Kerjasama;

(d)

Professor Ekonomi di-Universiti Malaya atau nominee-nya;

(e)

Pengetua Maktab yang hendak-lah bertindak sabagai Setia-usaha; dan

(f)

sa-orang kakitangan Kanan Maktab sa-bagaimana yang di-lantek oleh Mentri.

(2)

Terta'alok kapada apa $ ^{2} $ arahan yang di-beri oleh Maktab, Jawatan-kuasa hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.

Maktab boleh, mengikut apa $ ^{2} $ sharat sa-bagaimana yang di-luluskan oleh Mentri Kewangan, meminjam wang sa-bagaimana yang perlu bagi maksud menjalankan apa $ ^{2} $ jua tugas-nya di-bawah Act ini.

(1)

Maka ada-lah dengan ini di-tubohkan suatu kumpulan wang yang di-gelar Kumpulan Wang Maktab Kerjasama Malaysia (di-bawah ini di-rujok sa-bagai "Kumpulan Wang")—

(a)

yang kapada-nya hendak-lah di-bayar segala wang yang di-terima oleh Maktab (sama ada sa-chara charuman, pemberian, bayaran, pinjaman atau sa-lain-nya); dan

(b)

yang daripada-nya hendak-lah di-bayar apa $ ^{2} $ bayaran sa-bagaimana yang di-arahkan oleh Act ini supaya di-bayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Parlimen boleh dari sa-masa ka-samasa membuat pemberian $ ^{2} $ wang kapada Maktab.

Segala perbelanjaan Maktab sa-bagaimana yang dilulusk'an oleh Mentri hendak-lah di-bayar daripada Kumpul'an Wang.

Aset Kumpulan Wang boleh, sa-takat yang aset itu tidak di-kehendaki di-belanjakan oleh Maktab di-bawah Act ini, di-laborkan dalam pelaboran $ ^{2} $ yang pada masa itu di-benarkan oleh undang $ ^{2} $ mengenai pelaboran $ ^{2} $ kumpulan wang amanah:

Dengan sharat bahawa Maktab tidak boleh melabor dalam chagaran² yang di-keluarkan atau yang di-daftarkan, atau lain² harta yang letak-nya, di-luar Persekutuan kechuali dengan persetujuan Perbendaharaan.

(1)

Pengerusi Majlis hendak-lah, tidak lewat daripada satu bulan sa-belum bermula-nya tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan, membentang dalam Majlis suatu anggaran perbelanjaan bagi Maktab (termasok perbelanjaan modal) yang di-luluskan oleh Mentri bagi tahun yang berikutan-nya mengikut butir $ ^{2} $ dan bentok sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Majlis.

(2)

Satu salinan anggaran itu hendak-lah di-hantar kapada tiap $ ^{2} $ sa-orang ahli Majlis tidak kurang daripada empat belas hari sa-belum meshuarat yang anggaran itu hendak di-bentangkan.

(1)

Maktab hendak-lah menyimpan akaun $ ^{2} $ yang sempurna dan lain $ ^{2} $ rekod berkenaan dengan perjalanan-nya dan hendak-lah menyediakan penyata $ ^{2} $ akaun bagi tiap $ ^{2} $ satu tahun kewangan.

(2)

Akaun $ ^{2} $ Maktab hendak-lah di-odit tiap $ ^{2} $ tahun oleh Juru Odit Negara atau oleh sa-orang juru odit, ia-itu sa-orang juru odit sharikat yang di-luluskan dalam pengertian Act Sharikat, 1965, yang di-lantek oleh Majlis.

(3)

Sa-lepas berakhir tiap $ ^{2} $ suatu tahun kewangan, dan sa-telah sahaja akaun $ ^{2} $ Maktab di-odit, Maktab hendak-lah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kapada Mentri, bersama suatu salinan apa $ ^{2} $ perhatian yang di-buat oleh Juru Odit Negara atau oleh juru odit lain yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (2) atas mana $ ^{2} $ penyata atau atas akaun $ ^{2} $ Maktab.

(4)

Mentri hendak-lah menyebabkan supaya suatu salinan tiap $ ^{2} $ penyata dan perhatian itu di-bentangkan di-dalam kedua $ ^{2} $ Majlis Parlimen.

(1)

Majlis hendak-lah, tidak lewat daripada tiga puloh haribulan April tiap $ ^{2} $ tahun, menyebabkan supaya di-buat dan di-hantar kapada Mentri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan $ ^{2} $ Maktab sa-panjang tahun kewangan yang dahulu dan yang mengandongi apa $ ^{2} $ ma'alumat mengenai perjalanan dan dasa Maktab sa-bagaimana yang di-arahkan dari sa-masa ka-samasa oleh Mentri.

(2)

Mentri hendak-lah menyebabkan supaya suatu salinan tiap $ ^{2} $ laporan itu di-bentangkan di-dalam kedua $ ^{2} $ Majlis Parlimen.

Semua harta yang boleh di-aleh atau yang tak boleh di-aleh yang, sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa, telah terletak-hak-nya pada Maktab Kerjasama Tanah Melayu atau yang di-pegang oleh atau bagi pehak Maktab Kerjasama Tanah Melayu, hendak-lah, pada tarikh mula berkuatkuasa-nya Act ini dan dengan tiada memerlukan apa² jua pindahan-hak, pemberian-hak atau pindah-milek, terletak-hak-nya pada Maktab atau terserah-lah kapada Maktab mengikut hakmilek, harta atau kepentingan yang sa-rupa itu juga dan mengikut pegangan dan bagi maksud² yang sa-rupa itu juga sa-bagaimana ia-nya telah terletak-hak atau di-pegang sa-belum sahaja Act ini berkuatkuasa; dan segala hak dan tanggongan yang, sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa, menjadi hak dan tanggongan Maktab Kerjasama Tanah Melayu hendak-lah apabila Act ini mula berkuatkuasa menjadi hak dan tanggongan Maktab.

JADUAL

(Sekshen 3)

1. (1) $ \mathrm{O r a n g^{2}} $ yang berikut ada-lah tidak berkelayakan bagi di-lantek sa-bagai atau bagi menjadi ahli $ ^{2} $ Majlis—

(a)

orang yang tidak sempurna 'akal atau kerana sebab $ ^{2} $ yang lain tidak berupaya menyempurnakan kewajipan $ ^{2} $ -nya;

(b)

orang bankrap;

(c)

orang yang telah di-thabitkan atas kesalahan yang melibatkan penipuan, kechurangan atau kekejian akhlak.

(2)

Sa-saorang ahli hendak-lah, melainkan jika ia berhenti terlebeh dahulu atau ia di-berhentikan, memegang jawatan sa-lama tempoh (yang tidak lebeh daripada tiga tahun) sa-bagaimana yang di-nyatakan di-dalam surat perlantekan-nya, dan boleh di-lantek sa-mula.

(3)

Sa-saorang ahli Majlis ada-lah terhenti menjadi ahli jika ia tidak menghadhiri meshuarat Majlis tiga kali berturut $ ^{2} $ dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pengerusi atau jika ia menjadi tidak berkelayakan menurut perenggan-kechil (1).

(4)

Meṇtri boleh membenarkan pembayaran daripada Kumpulan Wang akan apa $ ^{2} $ elaun kapada ahli $ ^{2} $ Majlis sa-bagaimana yang ditetapkan oleh Mentri.

2. Majlis hendak-lah bermeshuarat sa-kurang²-nya sa-kali dalam sukutahun pertama dan ketiga bagi tiap² satu tahun bagi maksud menimbangkan kegiatan²-nya dalam masa sa-tengah tahun yang berakhir pada 31 haribulan Disember dan 30 haribulan Jun, mengikut mana yang berkenaan, yang akhir terdahulu daripada suku-tahun itu.

3. (1) Chukupbilang bagi Majlis ia-lah tujoh.

(2)

Jika atas apa $ ^{2} $ soal yang akan di-putuskan oleh Majlls, bilangan undi itu sama banyak maka Pengerusi atau lain $ ^{2} $ ahli yang berlaku sa-bagai Pengerusi ada-lah berhak memberi undi pemutus.

(3)

Terta'alok kapada perenggan-kechil (1) dan (2), Majlis hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.

(4)

Meteri Maktab hendak-lah di-sahkan oleh Pengerusi Majlis atau oleh lain $ ^{2} $ ahli yang berlaku sa-bagai Pengerusi, dan sa-orang ahli lain Majlis itu, dan apa $ ^{2} $ suratan yang di-katakan sa-bagai di-meterikan dengan meteri yang tersebut dan yang di-sahkan saperti tersebut di-atas hendak-lah, sa-hingga akas-nya di-buktikan, di-sifatkan sa-bagai telah di-sempurnakan dengan sa-hnya.

4. (1) Timbalan Pengerusi hendak-lah melaksanakan tugas $ ^{2} $ Pengerusi dalam masa ketiadaan Pengerusi.

(2)

Mentri boleh melantek sa-saorang menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau ahli Majlis semenfara dalam masa tiada keupayaan buat sementara kerana sakit, atau dalam masa ketiadaan sementara Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau lain? ahli, mengikut mana yang berkenaan itu di-dalam Persekutuan.

(3)

Pengetua Maktab hendak-lah menjadi Setia-usaha Majlis dengan tiada apa $ ^{2} $ hak mengundi.

5. Majlis boleh melantek jawatan-kuasa $ ^{2} $ sa-lain daripada jawatankuasa yang tersebut dalam sekshen 5, sa-bagaimana yang di-fikirkannya patut; dan terta'alok kapada apa $ ^{2} $ arahan oleh Majlis, sa-buah jawatan-kuasa yang di-lantek sa-demikian hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.

6. (1) Majlis boleh dengan kebenaran Mentri dan persetujuan Perbendaharaan—

(a)

menentukan sharat $ ^{2} $ yang di-fikirkan patut bagi perlantekan pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ Maktab sa-bagaimana yang perlu;

(b)

membuat kaedah $ ^{2} $ berkenaan dengan menuboh dan menguruskan sa-suatu kumpulan wang simpanan yang di-charumkan bagi pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ yang di-lantek di-bawah perenggan-kechil (a), atau berkenaan dengan memberi pinjaman $ ^{2} $ kapada pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ atas sharat $ ^{2} $ sa-bagaimana yang di-fikirkan patut oleh Majlis, atau berkenaan dengan membayar penchen, elaun atau ganjaran kapada pegawai $ ^{2} $ dan pengkhidmat $ ^{2} $ tersebut apabila bersara atau dengan jalan lain berhenti memegang jawatan sa-bagai pegawai dan pengkhidmat sa-demikian itu.

(2)

Terta'alok kapada perenggan-kechil (1) (a), Majlis boleh dengan persetujuan Mentri melantek sa-orang Pegawai Kerja ia-itu Pengetua Maktab dan lain $ ^{2} $ pegawai dan pengkhidmat sa-bagaimana yang perlu.

(3)

Tiap $ ^{2} $ ahli Majlis dan tiap $ ^{2} $ pegawai dan pengkhidmat yang dilantek di-bawah perenggan-kechil (2) hendak-lah di-sifatkan sa-bagai sa-orang penjawat 'awam dalam erti Kanun Keseksaan yang berkuatkuasa di-Negeri $ ^{2} $ Tanah Melayu atau mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang bersamaan dengan-nya yang berkuatkuasa di-Sabah dan Sarawak.

[Persetujuan di-Raja di-terima pada 11hb September, 1968.]

Common questions

What is Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak)?
Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) is Malaysia Act, cited as Act 437 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
Is Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) still in force?
Yes — Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) is currently in force.
When did Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) take effect?
Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) was first recorded in 1968.
How many sections does Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) have?
Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) contains 14 sections.
Where can I read the official version of Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak)?
The official text of Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak) is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.