7. Kumpulan Wang dan Pemberian
Feedback & support(1)
Maka dengan ini ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Institut Koperasi Malaysia (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”)—
(a)
yang ke dalamnya hendaklah dibayar segala wang yang diterima oleh Institut (sama ada secara caruman, pemberian, fi, pinjaman atau selainnya);
(b)
yang daripadanya hendaklah dibayar apa-apa bayaran sebagaimana yang diarahkan oleh Akta ini supaya dibayar daripada Kumpulan
Wang; dan
(c)
hendaklah dibayar kepadanya wang yang diterima daripada
Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi.
(2)
Parlimen boleh dari semasa ke semasa membuat pemberian wang kepada Institut.