4. Fungsi Institut
Feedback & supportFungsi Institut adalah seperti yang berikut:
untuk menyediakan suatu kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain dan membuat apa-apa penganugerahan diploma sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Institut;
untuk mencetak atau menerbitkan, atau membantu dalam pencetakan atau penerbitan, buku tentang koperasi atau apa-apa mata pelajaran yang berkaitan dengannya;
untuk membuat apa-apa kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu untuk mengawal selia tanggungjawab dan kawalan pegawai dan kakitangan Institut dan untuk mengenakan apa-apa fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa kursus pengajian sebagaimana yang difikirkannya patut;
untuk menjalankan penyelidikan mengenai perkara-perkara koperasi;
untuk menyediakan perkhidmatan perundingan;
untuk menjalankan kursus dalam pengajian koperasi dan apa-apa kursus pengajian lain, secara bersesama atau bersekutu, gabungan,
8 Undang-Undang Malaysia No. 35/1968
usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana institusi pendidikan tinggi atau badan profesional, atau mana-mana pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia; dan
untuk menasihati Menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan latihan dan pendidikan koperasi.