Seksyen 3
of Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak)
Seksyen 3
Yayasan yang bernama Maktab Kerjasama Tanah Melayu sa-belum sahaja Act ini mula berkuatkuasa hendaklah, apabila Act ini mula berkuatkuasa, menjadi suatu pertubohan yang di-perbadankan bernama "Maktab Kerjasama Malaysia" (di-bawah ini di-rujok sa-bagai "Maktab") yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meteri, dan juga kuasa memperolehi dan memegang harta yang boleh di-aleh atau yang tak boleh di-aleh dan melepaskannya atau dengan jalan lain mengurus mengenai-nya.
(2)
Maktab hendak-lah di-tadbirkan oleh Majlis Maktab Kerjasama Malaysia (di-bawah ini di-rujok sa-bagai "Majlis") dan hendak-lah terdiri daripada ahli $ ^{2} $ yang berikut—
(a)
Setia-usaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Sharikat Kerjasama sa-bagai Pengerusi;
(b)
Pesurohjaya Kemajuan Kerjasama sa-bagai Timbalan Pengerusi;
(c)
sa-orang wakil Perbendaharaan;
(d)
empat orang yang mewakili gerakan $ ^{2} $ kerjasama luar-bandar di-dalam Persekutuan;
(e)
empat orang yang mewakili gerakan $ ^{2} $ kerjasama dalam bandar di-dalam Persekutuan;
(f)
dua orang wakil Kementerian Pertanian dan Sharkat Kerjasama; dan
(g)
empat orang lain.
(3)
Ahli? Majlis dalam perenggan (d), (e) dan (g) sekshen kechil (2) hendak-lah di-lantek oleh Mentri.
(4)
Mentri boleh memberi kapada Majlis arahan $ ^{2} $ yang 'am yang tidak berlawanan dengan peruntokan $ ^{2} $ Act ini, berkenaan dengan menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah Act ini; dan Majlis hendak-lah menjalankan arahan $ ^{2} $ itu.
(5)
Peruntokan $ ^{2} $ Jadual kapada Act ini hendak-lah berkuatkuasa berkenaan dengan Majlis.