Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

11. Akaun dan audit

Feedback & support
(1)

Institut hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan operasinya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2)

Akaun Institut hendaklah diaudit secara tahunan oleh Ketua Audit

Negara atau oleh seorang juruaudit yang merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan mengikut pengertian Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang dilantik oleh Lembaga.

(3)

Selepas berakhir setiap tahun kewangan, dan sebaik sahaja akaun Institut diaudit, Institut hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu dihantar kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua Audit

Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2)

mengenai mana-mana penyata atau akaun Institut.

Institut Koperasi (Pemerbadanan) 21

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.

Report