Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

2. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ─

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Institut yang dilantik di bawah subseksyen 4L(1);

6 Undang-Undang Malaysia No. 35/1968

“Kumpulan Wang Rizab” ertinya Kumpulan Wang Rizab yang ditubuhkan di bawah seksyen 7A;

“Kumpulan Wang Simpanan Bercarum” ertinya Kumpulan Wang

Simpanan Bercarum yang ditubuhkan di bawah seksyen 7B;

“Lembaga” ertinya Lembaga Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4B;

“Institut” ertinya Institut Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi;

“tahun kewangan” ertinya tempoh dari satu hari bulan Januari hingga tiga puluh satu hari bulan Disember dalam sesuatu tahun.

Report