Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2019Read it in English

13. Peletakhakan harta dan pemindahan hak dan liabiliti

Feedback & support

Semua harta alih atau harta tak alih yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, telah terletak hak pada Maktab Kerjasama Tanah Melayu atau yang dipegang oleh atau bagi pihak Maktab Kerjasama Tanah Melayu, hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini dan tanpa apa-apa jua pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan, terletak hak pada Maktab atau berpindah kepada Maktab mengikut hakmilik, harta atau kepentingan yang serupa dan mengikut pemegangan dan bagi maksud yang serupa sebagaimana ia telah terletak hak atau dipegang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa;

dan segala hak dan liabiliti yang, sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa, menjadi hak dan liabiliti Maktab Kerjasama Tanah Melayu hendaklah apabila

Akta ini mula berkuat kuasa menjadi hak dan liabiliti Maktab.

Report