Skip to content

Seksyen 5

of Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968 (Belum Disemak)

ActIn forceProvision 5 of 14

Seksyen 5

(1)

Bagi maksud menjalankan tugas $ ^{2} $ -nya di-bawah perenggan (a) sekshen 4, Maktab hendak-lah melantek suatu jawatan-kuasa dan jawatan-kuasa itu hendak-lah membuat shor $ ^{2} $ kapada Maktab mengenai sukatan-pelajaran yang sesuai yang di-kehendaki bagi mana $ ^{2} $ kursus pengajian, chara-nya pepereksaan untok menghadiahkan apa $ ^{2} $ diploma bagi mana $ ^{2} $ kursus pengajian itu boleh di-jalankan dan mengenai apa $ ^{2} $ perkara lain berhubong dengan mana $ ^{2} $ kursus pengajian sa-bagaimana yang di-rujokkan kapada jawatan-kuasa oleh Maktab; dan jawatan-kuasa itu hendak-lah termasok orang $ ^{2} $ yang berikut—

(a)

Pesurohjaya Kemajuan Kerjasama hendak-lah menjadi Pengerusi Jawatan-kuasa;

(b)

sa-orang wakil Kementerian Pertanian dan Sharikat Kerjasama;

(c)

Pengetua, Kolej Pertanian, Malaysia;

(d)

Professor Ekonomi di-Universiti Malaya atau nominee-nya;

(e)

Pengetua Maktab yang hendak-lah bertindak sabagai Setia-usaha; dan

(f)

sa-orang kakitangan Kanan Maktab sa-bagaimana yang di-lantek oleh Mentri.

(2)

Terta'alok kapada apa $ ^{2} $ arahan yang di-beri oleh Maktab, Jawatan-kuasa hendak-lah menetapkan achara-nya sendiri.