30A. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan maksud Akta ini dan, tanpa menjejaskan keluasan perkataan yang di atas, boleh—
menetapkan cara mengelaskan maklumat, dokumen dan bahan lain;
menetapkan tatacara bagi pengendalian, penyimpanan dan penghantaran dokumen rasmi dan maklumat lain;
Rahsia Rasmi 31
menetapkan cara melupuskan dokumen rasmi yang dibuang;
menetapkan cara penyampaian maklumat rasmi;
menetapkan semua perkara lain yang perlu bagi melindungi keselamatan atau kerahsiaan apa-apa maklumat atau benda;
membuat peruntukan mengenai kesalahan dan penalti yang tidak melebihi denda sebanyak lima ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi satu tahun kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan; dan
membuat peruntukan mengenai hal mengkompaunkan mana-mana kesalahan seperti itu.