Skip to content

Seksyen 25

Tanggungan bagi kesalahan di luar Malaysia

of Akta Rahsia Rasmi 1972

ActIn forceProvision 31 of 38
Seksyen 25
(1)

Peruntukan Akta ini, berhubung dengan warganegara, pemastautin tetap Malaysia dan orang (sama ada warganegara atau tidak) yang memegang atau telah pada bila-bila masa memegang jawatan dalam sesuatu perkhidmatan awam hendaklah berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia; dan apabila sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan di mana-mana tempat di luar Malaysia oleh seseorang warganegara, pemastautin tetap atau oleh seseorang

(sama ada warganegara atau tidak) yang memegang atau telah pada bila-bila masa memegang jawatan dalam sesuatu perkhidmatan awam, maka bolehlah diambil tindakan terhadapnya mengenai kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di sesuatu tempat di dalam Malaysia yang dia boleh dijumpai.

(2)

Apa-apa prosiding terhadap seseorang di bawah seksyen ini yang akan menjadi penghalang terhadap prosiding yang kemudian terhadap orang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap prosiding selanjutnya terhadap orang itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan ekstradisi atau penyerahan penjenayah buruan.