/akn/my/act/act/1984/308

*AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1984
Sections
28
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 is Malaysia Act, cited as Act 308 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ─1 Mac 1985, P.U. (B) 101/1985; Selangor ─1 Mac 1985, P.U. (B) 101/1985; Negeri Lain ─1 Februari 1986, P.U. (B) 55/1985] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Suggest a correction

Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya bahagian atau peruntukan yang berlainan dan bagi bahagian yang berlainan dalam Malaysia.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“daftar” ertinya apa-apa daftar yang dikehendaki disimpan di bawah peruntukan Akta ini;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 13;

“Pengarah Negeri” ertinya Pengarah Kebajikan Masyarakat suatu

Negeri dan termasuklah masing-masingnya Pengarah Kebajikan

Masyarakat

Wilayah

Persekutuan

Kuala

Lumpur,

Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya;

“saudara” ertinya datuk atau nenek, abang atau adik laki-laki, kakak atau adik perempuan, bapa saudara atau emak saudara yang ada pertalian darah;

“taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah;

“taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Seksyen 3

Pengecualian

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana hospital kerajaan atau hospital persendirian yang dilesen di bawah

Akta

Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

[Akta 586];

Taman Asuhan Kanak-Kanak 7

Suggest a correction

(b)

mana-mana institusi yang dikecualikan daripada peruntukan Akta ini oleh Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(c)

mana-mana tadika atau sekolah asuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; dan

Suggest a correction

(d)

mana-mana taman asuhan kanak-kanak atau mana-mana rumah kanak-kanak yang ditubuhkan atau dikelolakan oleh Kerajaan Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri.

Suggest a correction

(2)

Akta ini tidak terpakai kepada penerimaan masuk seseorang kanak-kanak oleh seseorang saudara.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK

Suggest a correction

Semua taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini.

Seksyen 5

Kategori taman asuhan kanak-kanak

Open as pageSuggest a correction

Empat kategori taman asuhan kanak-kanak hendaklah diadakan seperti yang berikut:

(a)

taman asuhan kanak-kanak di rumah iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan di bawah seksyen 7;

Suggest a correction

(b)

taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Suggest a correction

(c)

taman asuhan kanak-kanak komuniti iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada

Kerajaan

Persekutuan atau suatu Kerajaan Negeri; dan

Suggest a correction

(d)

taman asuhan kanak-kanak di institusi iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak selain taman asuhan kanak-kanak di bawah perenggan (a), (b) dan (c) yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak.

Larangan ke atas taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan pemohon berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak yang tersebut dalam permohonan itu.

Taman Asuhan Kanak-Kanak 9

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak.

Terma dan syarat yang hendak dikenakan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak tertakluk kepada yang berikut:

(a)

dengan mengehadkan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk dalam mana-mana taman asuhan kanak-kanak pada satu-satu masa;

Suggest a correction

(b)

dengan menjamin bahawa pemohon atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak seorang yang layak dan sesuai, sama ada disebabkan oleh umur atau selainnya, untuk menjalankan, mengambil bahagian dalam pengurusan atau diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak itu;

Suggest a correction

(c)

dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah mengadakan kakitangan yang cukup, baik dari segi bilangan mahu pun kelayakan atau pengalaman orang yang diambil bekerja atau mengambil bahagian dalam penjalanannya;

Suggest a correction

(d)

dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya;

Suggest a correction

(e)

dengan menjamin bahawa, jika mana-mana kanak-kanak diterima masuk di mana-mana taman asuhan kanak-kanak dan tinggal di sana selama suatu jangka masa terus-menerus yang melebihi empat jam dalam satu-satu hari, hendaklah ada peraturan yang cukup dan sesuai bagi makanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak itu dan diet yang cukup serta seimbang hendaklah diadakan;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Suggest a correction

(f)

dengan mematuhi apa-apa kehendak yang berkaitan dengan struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan dan keselamatan;

Suggest a correction

(g)

apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh

Ketua Pengarah.

Daftar yang hendak disimpan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(a)

nama dan alamat tiap-tiap orang yang didaftarkan berhubungan dengan mana-mana taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(b)

nama dan alamat tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak berdaftar; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa butir lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(2)

Satu salinan catatan dalam daftar yang berupa diperakui dengan tandatangan Ketua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, diterima dalam keterangan sebagai bukti fakta yang dinyatakan dalamnya pada tarikh salinan diperakui itu.

Pemeriksaan daftar yang disimpan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang boleh, dengan permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan dengan membayar fi yang ditetapkan, memeriksa daftar yang disimpan di bawah seksyen 9 dalam masa pejabat.

Taman Asuhan Kanak-Kanak 11

Seksyen 11

Perakuan pendaftaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu perakuan pendaftaran hendaklah dikeluarkan kepada, dan atas nama orang yang membuat permohonan baginya, dan tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana orang lain.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini sah selama enam puluh bulan kalendar.

Suggest a correction

(4)

Jika berlaku apa-apa perubahan dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini, orang yang kepadanya perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah, dalam tempoh empat belas hari, memberitahu Ketua Pengarah dengan sewajarnya secara bertulis, dan Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pindaan sebagai ganti perakuan asal itu.

Suggest a correction

(5)

Suatu salinan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh

Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.

Suggest a correction

(6)

Apabila berhenti mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak, orang yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan hendaklah menyerahkan perakuan itu kepada Ketua

Pengarah dalam masa satu bulan dari tarikh pemberhentian itu.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 11A

Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah termasuklah

Open as pageSuggest a correction

Pengarah Negeri.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Bahagian III

BAHAGIAN III

PEMBATALAN PENDAFTARAN

Seksyen 12

Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran yang dibuat di bawah seksyen 7─

Open as pageSuggest a correction

(a)

di mana terdapat apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana syarat yang dikenakan berhubungan dengan apa-apa pendaftaran yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

jika terdapat apa-apa kegagalan memberitahu apa-apa perubahan hal keadaan mengikut subseksyen 11(4);

Suggest a correction

(c)

atas sebab bahawa orang yang kepadanya perakuan pendaftaran telah dikeluarkan telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa kesalahan yang melibatkan keburukan akhlak;

Suggest a correction

(i)

taman asuhan kanak-kanak itu tidak dijalankan sebagai sedemikian atau tidak wujud lagi; atau

(ii)

seseorang itu telah berhenti menjalankan taman asuhan kanak-kanak itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh melantik melalui pemberitahuan dalam Warta beberapa orang pegawai yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.

Taman Asuhan Kanak-Kanak 13

Seksyen 14

Kuasa Ketua Pengarah dan pegawai diberi kuasa

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai diberi kuasa boleh dari semasa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa—

(a)

kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerjanya memuaskan;

Suggest a correction

(b)

daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira disenggarakan dengan sempurna;

Suggest a correction

(d)

struktur, kesihatan dan kebersihan disenggarakan;

Suggest a correction

(e)

pengawasan yang cukup diambil terhadap bahaya kebakaran atau apa-apa bahaya lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuhnya.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

ARAHAN

Suggest a correction

Ketua Pengarah hendaklah memberi arahan bertulis

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

taman itu dijalankan dan diuruskan dengan memuaskan;

Suggest a correction

(b)

kebajikan kanak-kanak yang menghadiri taman itu digalakkan dengan cara sempurna;

Suggest a correction

(c)

radas dan kelengkapan perlu yang cukup sebagai keselamatan dari api diadakan dalamnya; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Suggest a correction

(2)

Suatu arahan di bawah subseksyen (1) —

(a)

hendaklah disampaikan kepada orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak itu; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah menetapkan suatu tempoh masa dalam mana arahan itu hendaklah dipatuhi.

Perintah untuk menutup sementara taman asuhan kanak-kanak

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika dia dapati bahawa ada bahaya atau risiko bahaya kepada orang dalam mana-mana premis taman asuhan kanak-kanak berdaftar; atau

Suggest a correction

(b)

jika, berhubungan dengan mana-mana premis itu sesuatu arahan yang diberi di bawah seksyen 15 tidak dipatuhi dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam notis yang disampaikan di bawahnya, melalui perintah secara bertulis mengarahkan bahawa premis itu hendaklah berhenti digunakan sebagai taman asuhan kanak-kanak selama tempoh yang difikirkannya patut atau sehingga diberitahu selanjutnya.

Suggest a correction

(2)

Apa-apa perintah di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan terhadap orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak, dan hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh penyampaian notis itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa perintah yang disampaikan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi penyampaian yang memadai jika—

(a)

ianya dihantar serah sendiri kepada orang yang kepadanya ianya disampaikan;

Taman Asuhan Kanak-Kanak 15

Suggest a correction

(b)

ianya dihantar melalui pos berdaftar ke alamat orang itu yang akhir diketahui; atau

Suggest a correction

(c)

satu salinannya ditampalkan di suatu tempat yang mudah dilihat atau di premis yang dimaksudkannya itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 17

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu taman asuhan kanak-kanak dalam mana-mana premis selain daripada premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(b)

dalam atau berhubungan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini membuat suatu pernyataan atau memberi maklumat, sama ada kenyataan itu kenyataan lisan atau bertulis, yang palsu mengenai apa-apa butir material dan yang dia tahu atau semunasabahnya patut tahu adalah palsu mengenai butir itu;

Suggest a correction

(c)

menghalang Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa dalam menjalankan apa-apa kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

enggan mengemukakan apa-apa buku, dokumen atau barang lain apabila dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 20, atau, apabila dikehendaki sedemikian, memberi maklumat yang palsu mengenai butir material dan yang dia tahu atau semunasabahnya patut tahu adalah palsu mengenai butir itu;

Suggest a correction

(e)

menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan taman asuhan kanak-kanak yang dijalankan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

dengan apa jua nama lain daripada nama ianya didaftarkan;

Suggest a correction

(f)

gagal mematuhi sesuatu perintah yang disampaikan kepadanya di bawah seksyen 16;

Suggest a correction

(g)

gagal memberitahu Ketua Pengarah tentang apa-apa perubahan yang berlaku dalam apa-apa hal keadaan yang butir-butirnya dinyatakan dalam perakuan itu mengikut subseksyen 11(4);

Suggest a correction

(h)

gagal menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran itu dipamerkan mengikut subseksyen 11(5); atau

Suggest a correction

(i)

gagal menyerahkan perakuan pendaftaran itu apabila berhenti mengendalikan suatu taman asuhan kanak-kanak mengikut subseksyen 11(6), bersalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 17A

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu pada masa kesalahan itu dilakukan;

Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa kesalahan itu dilakukan; atau

Suggest a correction

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu pada masa kesalahan itu dilakukan,

Taman Asuhan Kanak-Kanak 17

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama sebagaimana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah kesalahan itu dilakukan.

Anggapan

Suggest a correction

Seksyen 18

Dalam apa-apa pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini, jika dibuktikan bahawa mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan pengelolaan atau penjalanan sesuatu taman asuhan kanak-kanak, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu mengambil bahagian dalam pengurusan taman asuhan kanak-kanak itu.

Seksyen 19

Taman asuhan kanak-kanak yang ada

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menguruskan atau menyenggarakan sesuatu taman asuhan kanak-kanak pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa itu memohon kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan supaya dikeluarkan suatu perakuan pendaftaran.

Seksyen 20

Kuasa untuk masuk dan memeriksa premis

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

mengemukakan soalan mengenai pengurusan taman asuhan kanak-kanak kepada, orang yang didaftarkan di bawah Akta ini dan kepada mana-mana orang lain yang menjaga taman asuhan kanak-kanak yang keterangannya ia fikirkan perlu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar sepanjang yang mereka boleh berikan;

Suggest a correction

(b)

menghendaki orang yang menjaga supaya mengemukakan di hadapannya semua atau apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(c)

menyita atau mengambil salinan apa-apa rekod yang dikemukakan di hadapannya di bawah perenggan (b).

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa kehendak atau perintah oleh seorang pegawai diberi kuasa yang bertindak atau berupa bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan apabila diminta mengisytiharkan identitinya atau mengemukakan suatu surat kuasanya, mengikut mana yang berkenaan.

Kuasa untuk mengelak

Suggest a correction

Seksyen 20A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak yang telah dilak hendaklah—

Taman Asuhan Kanak-Kanak 19

(a)

dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu perakuan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak itu; dan

Suggest a correction

(b)

menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Lak itu hendaklah ditanggalkan jika—

(a)

orang itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau

Suggest a correction

(b)

suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap orang itu supaya orang itu berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak, mengikut mana-mana yang terdahulu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu yang bertindak di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos berbangkit daripada tindakan itu atau kerosakan kepada rumah, bangunan, premis atau tempat yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak boleh melarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak dengan melanggar Akta ini.

Permulaan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Seksyen 21A

Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(1)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis, dalam borang yang ditetapkan, kepada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 22

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Ketua

Open as pageSuggest a correction

Pengarah di bawah Akta ini hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari dari tersiarnya keputusan itu merayu secara bertulis kepada Menteri yang mana keputusannya muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah undang-undang atas apa jua alasan.

Taman Asuhan Kanak-Kanak 21

Seksyen 23

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau apa-apa perkara yang berikut—

(a)

penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(b)

tugas dan tanggungjawab orang-orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(c)

kelayakan, pengalaman, perlantikan, tugas, tanggungjawab dan disiplin orang bagi maksud penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(d)

penjagaan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang dijaga di taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(e)

pendaftaran penjaga kanak-kanak yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak;

Suggest a correction

(f)

penyimpanan dan penyenggaraan apa-apa daftar mengenai kanak-kanak, dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Menteri;

Suggest a correction

(g)

penetapan kehendak minimum bagi taman asuhan kanak-kanak untuk digunakan bagi penerimaan masuk kanak-kanak dan peruntukan bagi mengadakan keperluan kebersihan minimum, bekalan air dan perkara lain mengenai kesihatan berhubungan dengan bangunan itu;

Suggest a correction

(i)

penetapan borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak diberikan bagi mana-mana maksud Akta ini;

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

Suggest a correction

(j)

pemberian perakuan dan pengeluaran salinan perakuan dalam hal perakuan yang hilang atau musnah;

Suggest a correction

(l)

penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Peruntukan untuk membenarkan penerimaan masuk kanak-kanak di atas umur empat tahun

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini Ketua

Open as pageSuggest a correction

Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat oleh orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak, membenarkan taman asuhan kanak-kanak yang tersebut menerima masuk kanak-kanak di atas umur empat tahun, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat selanjutnya yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah.

23

Akta 308

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1285

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak

(Pindaan) 2007

01-08-2008

_____________

24

Akta 308

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa Meminda

Berkuat kuasa dari

2

3

5

6

11

11A

14

17

17A

20A

21

21A

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

Akta A1285

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

01-08-2008

___________

Common questions

What is AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984?
*AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 is Malaysia Act, cited as Act 308 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
Is AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 still in force?
Yes — AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 is currently in force.
When did AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 take effect?
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 was first recorded in 1984.
How many sections does AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 have?
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 contains 28 sections.
Where can I read the official version of AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984?
The official text of AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (No. 308) | mylaw.my