/akn/my/act/act/1993/507

*AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1993
Sections
21
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 is Malaysia Act, cited as Act 507 1993, currently marked in force and first recorded in 1993.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi memudahkan penswastaan rumah penyembelihan dan bagi perkara yang berkaitan dengannya. [15 Disember 1993, P.U. (B) 595/1993] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan yang dilantik di bawah seksyen 3 Ordinan Haiwan 1953 [Ord.17

tahun 1963] dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen yang sama;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian II;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kawalan rumah penyembelihan;

“pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian II untuk mengendalikan rumah penyembelihan;

“rumah penyembelihan” ertinya mana-mana tempat, dengan kemudahan yang sepatutnya untuk pemeriksaan daging, bagi menyembelih haiwan yang ditentukan dalam Jadual;

“untuk mengendalikan” ertinya untuk membina atau untuk menguruskan rumah penyembelihan atau untuk mengadakan perkhidmatan rumah penyembelihan.

Bahagian II

BAHAGIAN II

LESEN UNTUK MENGENDALIKAN RUMAH

Suggest a correction

PENYEMBELIHAN, PENGGANTUNGAN DAN

PEMBATALAN LESEN

Kuasa Menteri untuk memberi lesen untuk mengendalikan rumah penyembelihan

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan—

(b)

fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen;

Suggest a correction

(c)

tugas tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan yang akan diadakan olehnya; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara atau syarat lain sebagaimana yang

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 7

difikirkan patut oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pengeluaran sesuatu lesen kepada mana-mana orang atau kumpulan orang di bawah subseksyen (1) hendaklah tidak mengenakan apa-apa liabiliti ke atas Kerajaan Malaysia bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang atau kumpulan orang itu.

Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran syarat lesen

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, apabila tamat tempoh yang ditetapkan dalam notis itu, pengendali berlesen itu tidak mematuhi syarat yang disebutkan dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu laporan mengenai kegagalan oleh pengendali berlesen itu dan laporan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang difikirkan sesuai patut oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada

Ketua

Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dibimbangkan itu, bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dan pengendali berlesen itu telah enggan untuk mengambil atau belum mengambil segala langkah yang ternyata perlu kepada Menteri adalah perlu bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi notis kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali dan notis hendaklah juga menyatakan—

( a ) syarat lesen yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

( b ) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah menimbang apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Suggest a correction

(5)

Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis itu disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

Suggest a correction

(6)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

Penggantungan atau pembatalan lesen atas pelanggaran Akta atau kaedah-kaedah

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua

Pengarah,

Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau ketidakpatuhan itu bersifat serius atau telah menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan kepentingan atau keselamatan awam, dia hendaklah memberi kepada pengendali berlesen itu suatu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang untuk menggantungkan atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesen pengendali berlesen itu dan notis itu hendaklah juga menyatakan—

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 9

(a)

peruntukan Akta atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya yang telah dilanggar oleh pengendali berlesen itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan

Suggest a correction

(b)

tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya pengendali berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pengendali berlesen itu, jika ada, Menteri hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut.

Suggest a correction

(4)

Suatu notis hendaklah diberikan oleh Menteri kepada pengendali berlesen itu mengenai keputusannya dan keputusan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang notis tersebut disampaikan kepada pengendali berlesen itu.

Suggest a correction

(5)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

TUGAS PENGENDALI BERLESEN

Suggest a correction

Tugas am pengendali berlesen

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seorang pengendali berlesen hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap kecekapan, keekonomian dan keselamatan pengendalian berkenaan dengan perkhidmatan yang diadakan olehnya dan hendaklah, pada setiap masa, memastikan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

bahawa kendaliannya dijalankan di bawah keadaan bersih.

Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengemukakan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau apa-apa tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah—

Suggest a correction

(i)

suatu laporan mengenai kendaliannya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan

Kerajaan membuat suatu penilaian berdasarkan maklumat tentang kendalian itu; dan

(ii)

kunci kira-kira dan akaun untung rugi tahunannya yang telah diaudit dan laporan juruaudit dan pengarahnya;

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

apa-apa maklumat statistik berhubungan dengan kendaliannya sebagaimana yang dikehendaki oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa;

(ii)

ramalannya tentang bilangan haiwan yang akan disembelih bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan, dan ramalan itu hendaklah dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa; dan

Suggest a correction

(iii)

rancangan pembangunan masa depan berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh menghendaki seseorang pengendali berlesen untuk mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 11

cara penjelasan, penghuraian atau selainnya berkenaan dengan apa-apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali berlesen itu di bawah subseksyen (1) dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan mengikut apa-apa cara yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

CAJ DAN FI

Suggest a correction

Kuasa pengendali berlesen untuk memungut caj dan fi

Seksyen 8

Walau apa pun peruntukan Akta ini atau Akta Prosedur

Open as pageSuggest a correction

Kewangan 1957 [Akta 61], semua caj dan fi yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat menurut perenggan 11(2)(f) bagi mengadakan perkhidmatan rumah penyembelihan hendaklah dipungut oleh dan menjadi sebahagian daripada pendapatan pengendali berlesen.

Seksyen 9

Pengemukaan memorandum bagi perubahan pada caj dan fi yang sedia ada

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah menimbangkan memorandum yang dikemukakan itu dalam masa enam bulan dari pengemukaannya.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh—

(a)

meluluskan memorandum itu tertakluk kepada apa-apa ubah suaian kepada cadangan yang terkandung dalam memorandum itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar;

Suggest a correction

(b)

menolak memorandum itu.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Jika Menteri menolak memorandum itu, pengendali berlesen itu boleh, jika terdapat perubahan dalam hal keadaan berhubungan dengan cadangan dalam memorandum itu, memohon kepada Menteri untuk suatu kajian semula:

Dengan syarat bahawa permohonan untuk kajian semula itu hendaklah dibuat sebelum tamatnya tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis penolakan memorandum itu.

Suggest a correction

(5)

Menteri hendaklah menimbang permohonan untuk kajian semula dalam masa tiga bulan dari pengemukaannya.

Menteri hendaklah membuat pindaan kepada kaedah-kaedah berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Jika Menteri meluluskan sesuatu memorandum, dengan atau tanpa apa-apa ubah suaian, dia hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, membuat pindaan yang perlu kepada kaedah yang dibuat menurut perenggan 11(2)(f) berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi yang sedia ada.

Bahagian V

BAHAGIAN V

KAEDAH-KAEDAH, PENALTI AM, KESALAHAN OLEH

Suggest a correction

PERTUBUHAN PERBADANAN DAN PENJALANAN

PENDAKWAAN

Kaedah-kaedah

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat—

(a)

untuk mengadakan peruntukan bagi kawalan oleh Ketua

Pengarah tentang apa-apa projek yang dijalankan oleh seseorang pengendali berlesen untuk memajukan dan membangunkan kemudahan dan perkhidmatan di mana-Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 13

mana rumah penyembelihan;

Suggest a correction

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi reka bentuk dan spesifikasi rumah penyembelihan yang baru;

Suggest a correction

(c)

untuk mengawal selia penggunaan selamat rumah penyembelihan dan premis yang di bawah kawalan seseorang pengendali berlesen;

Suggest a correction

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi kebersihan rumah penyembelihan dan premis dalam kawasan rumah penyembelihan, dan untuk mencegah pencemaran kawasan sekeliling;

Suggest a correction

(e)

untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan orang yang bekerja dalam sesuatu rumah penyembelihan;

Suggest a correction

(f)

untuk menetapkan apa-apa fi atau caj sebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(g)

untuk memastikan kawalan yang sepatutnya ke atas penyembelihan haiwan; dan

Suggest a correction

(h)

secara amnya untuk memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.

Penalti am

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pengendali berlesen yang melanggar atau gagal mematuhi apa-apa syarat lesen atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 13

Kesalahan dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak), tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan bersalah alas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan kes itu.

Seksyen 14

Penjalanan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau apa-apa kaedah yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Kerajaan yang diberi kuasa secara khusus bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melalui kaedah-kaedah, menetapkan apa-apa standard prestasi mengenai pengadaan perkhidmatan rumah penyembelihan yang, pada pendapatnya, patut dicapai oleh seseorang pengendali berlesen

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 15

Kuasa pemeriksaan Ketua Pengarah

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehnya secara bertulis boleh, bagi maksud Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, memasuki mana-mana premis yang diduduki oleh seseorang pengendali berlesen untuk meneliti dan memeriksa keadaan premis itu atau mana-mana bangunan atau kemudahan di dalamnya.

Seksyen 17

Kuasa khas semasa darurat

Open as pageSuggest a correction

(a)

menggantung lesen seseorang pengendali berlesen dan mengambil milik sementara mana-mana rumah penyembelihan seseorang pengendali berlesen;

Suggest a correction

(b)

menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan mana-mana perkhidmatan atau kemudahan rumah penyembelihan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.

Suggest a correction

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh juga memberi kuasa kepada

Menteri atau mana-mana pegawai lain yang bekerja dengan Kerajaan untuk mengendalikan rumah penyembelihan yang diambil milikan di bawah perenggan (1)(a).

Suggest a correction

(3)

Pengendali berlesen hendaklah memberi segala bantuan yang perlu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Menteri atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk mengendalikan rumah penyembelihan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan keselamatan awam, maka suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 507

dipamerkan di mana-mana tempat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.

Suggest a correction

(5)

Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana rumah penyembelihan di bawah perenggan (1)(a) pengendali berlesen itu hendaklah dibayar pampasan mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah selepas memberikan pengendali berlesen itu peluang untuk didengar atas perkara itu.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana pengendali berlesen yang tidak berpuas hati dengan penentuan atau keputusan Ketua Pengarah boleh merayu kepada Menteri terhadap penentuan atau keputusan itu

Penyampaian notis

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menghantarserahkan notis itu kepada pengendali berlesen itu sendiri; atau

Suggest a correction

(b)

dengan mengeposkan notis itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada pengendali berlesen itu.

Suggest a correction

(2)

Jika sesuatu notis telah diposkan mengikut perenggan (1) (b), notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pengendali berlesen itu apabila tamat tempoh satu minggu dari tarikh notis itu diposkan.

Pengesahan

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa fi yang dipungut dan disimpan oleh mana-mana orang berkenaan dengan pengendalian mana-mana rumah penyembelihan menurut apa-apa perjanjian, pajakan atau penyewaan yang telah dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini antara Kerajaan

Malaysia dan orang itu adalah dengan ini disahkan dan disifatkan telah dipungut dan disimpan dengan sahnya oleh orang itu.

Rumah Penyembelihan (Penswastaan) 17

Seksyen 20

Orang yang disifatkan sebagai pemegang lesen

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri hendaklah, dalam tempoh enam puluh hari dari mula berkuatkuasanya Akta ini, mengeluarkan kepada pemegang lesen di bawah subseksyen (1) suatu lesen yang hendaklah —

(a)

sah bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tempoh yang tinggal di bawah perjanjian, pajakan atau penyewaan; dan

Suggest a correction

(b)

mengandungi terma dan syarat yang tidak kurang baiknya daripada yang diperuntukkan dalam perjanjian, pajakan atau penyewaan, yang telah dibuat di antara pihak-pihak itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Seksyen 2]

Lembu/Kerbau

Kambing/Biri-biri

Babi/Babi Betina

18

Akta 507

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

-

TIADA -

_____________

19

Akta 507

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

_____________

Common questions

What is ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993?
*AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 is Malaysia Act, cited as Act 507 1993, currently marked in force and first recorded in 1993.
Is ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 still in force?
Yes — ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 is currently in force.
When did ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 take effect?
ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 was first recorded in 1993.
How many sections does ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 have?
ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 contains 20 sections.
Where can I read the official version of ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993?
The official text of ABATTOIRS (PRIVATIZATION) ACT 1993 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA RUMAH PENYEMBELIHAN (PENSWASTAAN) 1993 (No. 507)