Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Pihak Berkuasa Kebangsaan
13. Mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan
Feedback & support(1)
Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu bagi melaksanakan fungsinya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi.
(2)
Tujuh orang anggota termasuk Pengerusi hendaklah membentuk kuorum mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan.
(3)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratnya.
(4)
Dalam mana-mana mesyuarat Pihak Berkuasa Kebangsaan,
Pengerusi hendaklah mempunyai undi biasa dan hendaklah, sekiranya terdapat bilangan undi yang sama banyak, mempunyai undi pemutus.