Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bahagian II · Pihak Berkuasa Kebangsaan
7. Fungsi dan kuasa Pihak Berkuasa Kebangsaan
Feedback & supportPihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah melaksanakan fungsi mengawas dan memastikan pelaksanaan obligasi Malaysia di bawah
Konvensyen, termasuk—
memastikan keberkesanan pelaksanaan Akta ini;
memudahkan pemeriksaan di bawah Konvensyen, termasuk berkerjasama dengan
Inspektor
Antarabangsa dalam pemeriksaan dicabar;
mengumpul data untuk dilaporkan dalam perisytiharan tahunan kepada Pertubuhan;
memberikan Pertubuhan dan Negara Pihak lain maklumat yang berkenaan dalam memenuhi obligasi Malaysia di bawah
Konvensyen;
mengawal selia dan mengawasi persoalan atau perkara yang berhubungan dengan Konvensyen, termasuk pelaksanaan
Konvensyen dalam negeri;
mengeluarkan kebenaran berkenaan dengan aktiviti yang berhubungan dengan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1;
mengeluarkan arahan kepada mana-mana
Inspektor
Kebangsaan bagi tujuan penguatkuasaan dan keberkesanan pelaksanaan Akta ini;
menasihati Menteri secara am mengenai persoalan atau perkara yang berhubungan dengan Konvensyen;
melevi apa-apa fi, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak
Berkuasa Kebangsaan;
melakukan apa-apa jua yang bersampingan atau bersesuaian dengan pelaksanaan mana-mana fungsi yang disebut dalam perenggan (a) hingga (i).
16 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan semunasabahnya bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.