Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bab 2 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik
27. Pemindahan
Feedback & support(1)
Jika mana-mana orang dibenarkan untuk memindahkan suatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, orang itu tidak boleh—
(a)
memindahkan semula bahan kimia toksik itu ke suatu
Negara ketiga; atau
(b)
memindahkan bahan kimia toksik itu ke mana-mana Negara bukan Pihak kepada Konvensyen.
Konvensyen Senjata Kimia 27
(2)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.