Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 · Updated to 1 Nov 2021 · Bab 2 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik
28. Perisytiharan
Feedback & supportMana-mana orang yang dibenarkan untuk mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindah atau menggunakan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 dalam apa-apa amaun yang lebih daripada amaun ambang sebagaimana yang ditetapkan, hendaklah membuat perisytiharan berkala yang berikut kepada Pihak
Berkuasa Kebangsaan dalam apa-apa bentuk dan pada bila-bila masa sebagaimana yang ditetapkan:
suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti dalam tahun kalendar yang terdahulu; dan
suatu perisytiharan tahunan mengenai aktiviti yang dijangkakan bagi tahun kalendar yang berikut.
Perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah berhubung dengan—
identiti kemudahan;
nama bahan kimia toksik termasuk formula struktur bahan kimia toksik dan nombor daftar Khidmat Abstrak Kimia
(jika diberikan);
tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan;
kuantiti bahan kimia toksik bagi tujuan yang baginya bahan kimia toksik itu digunakan; dan
apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perisytiharan, sebagaimana yang ditetapkan.
28 Undang-undang Malaysia AKTA 641
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.