Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bab 2 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik

22. Aktiviti sedia ada

Feedback & support
(1)

Bagi tujuan seksyen 21, mana-mana orang yang melibatkan diri dalam pengeluaran, pemerolehan, penyimpanan, pemindahan atau penggunaan bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1

sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan mempunyai niat untuk meneruskan aktiviti itu pada dan selepas permulaan kuat kuasa itu hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan untuk mendapatkan kebenaran di bawah Akta ini.

(2)

Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Kebangsaan mengenai permohonan di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah disifatkan dibenarkan di bawah Akta ini dan tiada tindakan boleh diambil terhadapnya kerana melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian tanpa kebenaran.

(3)

Apabila kebenaran dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa

Kebangsaan di bawah seksyen 24 menurut permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), pemohon hendaklah dengan serta-merta mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan bersama-sama dengan kebenaran itu.

(4)

Jika kebenaran enggan diberikan oleh Pihak Berkuasa

Kebangsaan di bawah seksyen 24, pemohon yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah terhenti disifatkan dibenarkan di bawah subseksyen itu dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan Pihak

Berkuasa Kebangsaan atau, jika terdapat rayuan di bawah seksyen 26, dari tarikh keputusan Menteri mengenai rayuan itu.

Report

Bab 3

Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang

Bab 4

Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret

Bahagian V

Pemeriksaan Antarabangsa

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules