Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bab 2 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik

23. Permohonan untuk mendapatkan kebenaran

Feedback & support
(1)

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah subseksyen 21(1) hendaklah dibuat dalam bentuk yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1) dan sebelum permohonan itu ditentukan, Pihak

Berkuasa

Kebangsaan boleh, melalui notis bertulis,

24 Undang-undang Malaysia AKTA 641

menghendaki pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(3)

Jika mana-mana dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak disediakan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam notis atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(4)

Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum kebenaran yang dipohon itu dikeluarkan atau enggan dikeluarkan.

Report

Bab 3

Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang

Bab 4

Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret

Bahagian V

Pemeriksaan Antarabangsa

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules