Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2021Read it in English

Bab 2 · Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik

24. Kuasa untuk mengeluarkan atau enggan mengeluarkan kebenaran

Feedback & support
(1)

Apabila diterima permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 23 , Pihak Berkuasa

Kebangsaan boleh mengeluarkan kebenaran dalam bentuk yang ditetapkan atau enggan mengeluarkan kebenaran tanpa memberikan apa-apa sebab bagi keengganan itu.

(2)

Pihak Berkuasa Kebangsaan dalam mengeluarkan suatu kebenaran di bawah subseksyen (1), boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana Pihak Berkuasa Kebangsaan sifatkan patut dan boleh menambah, mengubah atau membatal apa-apa syarat dari semasa ke semasa.

(3)

Jika

Pihak

Berkuasa

Kebangsaan enggan mengeluarkan kebenaran, Pihak Berkuasa Kebangsaan hendaklah dengan segera memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

(4)

Kebenaran, melainkan jika terlebih dahulu ditarik balik, hendaklah sah selama tempoh yang dinyatakan dalam kebenaran itu.

Konvensyen Senjata Kimia 25

(5)

Seseorang, yang kepadanya kebenaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) telah habis tempoh, boleh dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh memohon suatu kebenaran baru mengikut seksyen 23.

(6)

Jika mana-mana orang yang dibenarkan untuk mengeluarkan, memperoleh, menyimpan, memindahkan atau menggunakan suatu bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1 berhasrat untuk memberhentikan aktiviti itu, orang itu hendaklah dalam masa tujuh hari sebelum pemberhentian itu—

(a)

memberitahu Pihak Berkuasa Kebangsaan secara bertulis; dan

(b)

menyerahkan kebenaran itu kepada Pihak Berkuasa

Kebangsaan, dan apabila diterima pemberitahuan dan kebenaran itu, Pihak Berkuasa

Kebangsaan hendaklah dengan segera membatalkan kebenaran itu.

Report

Bab 3

Rejim Bagi Bahan Kimia Toksik Yang

Bab 4

Rejim Bagi Bahan Kimia Organik Diskret

Bahagian V

Pemeriksaan Antarabangsa

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules