Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian IV · Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan
15. Sekatan dan syarat
Feedback & supportPegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh mengenakan sekatan dan syarat ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
Sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan—
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 736
tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
tempat perhimpunan;
cara perhimpunan;
kelakuan peserta semasa perhimpunan;
pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau
apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis berhubung dengan perhimpunan itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana sekatan dan syarat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.