Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian IV · Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan
11. Persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan
Feedback & supportPenganjur suatu perhimpunan, selain suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian atau suatu perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan, hendaklah memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan untuk menggunakan tempat perhimpunan itu bagi maksud perhimpunan.