Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2019Read it in English

Bahagian IV · Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan

12. Kehendak untuk memaklumkan orang yang mempunyai kepentingan

Feedback & support
(1)

Apabila diterima pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1), Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam, menyebabkan butir-butir mengenai perhimpunan itu dimaklumkan kepada orang yang mempunyai kepentingan—

(a)

dengan menampal suatu notis yang mudah dilihat di pelbagai lokasi di tempat perhimpunan itu; atau

(b)

dengan apa-apa cara yang munasabah yang sesuai atau perlu supaya maklumat itu boleh diketahui oleh orang itu.

Perhimpunan Aman 17

(2)

Orang yang mempunyai kepentingan boleh, secara bertulis, memaklumkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu berserta dengan sebabnya kepada Pegawai yang Menjaga Daerah

Polis dalam tempoh dua puluh empat jam setelah dimaklumkan tentang perhimpunan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah mengambil kira kebimbangan atau bantahan yang diterima bagi maksud mengenakan sekatan dan syarat di bawah seksyen 15.

Report

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules