Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian IV · Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan
10. Kehendak berhubung dengan pemberitahuan perhimpunan
Feedback & supportPemberitahuan yang dibuat di bawah subseksyen 9(1)
hendaklah—
dalam borang dalam Jadual Keempat;
ditandatangani oleh penganjur;
disertai dengan suatu salinan persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan, jika berkenaan;
disertai dengan apa-apa dokumen tambahan sebagaimana yang dinyatakan oleh Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, jika ada; dan
mengandungi butir-butir yang berikut:
nama dan butir-butir penganjur;
alamat surat-menyurat penganjur;
nama dan alamat penceramah dalam perhimpunan, jika ada;
maksud perhimpunan;
tarikh perhimpunan akan diadakan;
tempat perhimpunan akan diadakan;
masa perhimpunan dicadangkan untuk bermula dan berakhir;
jika perhimpunan ialah suatu perarakan—
laluan yang dicadangkan bagi perarakan itu;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 736
mana-mana tempat di mana perarakan itu dicadangkan akan berhenti; dan
jangka masa yang dicadangkan bagi perarakan itu akan berada di setiap tempat itu;
bilangan peserta yang dijangkakan;
orang yang dilantik oleh penganjur untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur; dan
perihal kelengkapan atau peranti amplifier bunyi yang dicadangkan untuk digunakan semasa perhimpunan, jika ada.