Peaceful Assembly Act 2012 · Updated to 1 Dec 2019 · Bahagian IV · Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan
14. Respons terhadap pemberitahuan perhimpunan
Feedback & support(1)
Pegawai yang
Menjaga
Daerah
Polis hendaklah memberikan respons terhadap pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1) dalam tempoh tiga hari dari penerimaan pemberitahuan itu dan hendaklah, dalam respons itu, memaklumkan penganjur tentang sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15, jika ada.
(2)
Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis tidak memberikan respons terhadap pemberitahuan itu mengikut subseksyen (1), perhimpunan itu hendaklah diteruskan sebagaimana yang dicadangkan dalam pemberitahuan itu.