Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2019Read it in English

Bahagian IV · Kehendak dalam Menganjurkan Perhimpunan

17. Perhimpunan serentak

Feedback & support
(1)

Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis menerima pemberitahuan bagi dua perhimpunan atau lebih yang hendak dianjurkan, dan perhimpunan itu dicadangkan untuk diadakan pada masa, tarikh dan di tempat yang sama, perhimpunan itu boleh, tertakluk kepada sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15, diadakan serentak.

(2)

Jika, pada pendapat Pegawai yang Menjaga Daerah Polis, perhimpunan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diadakan serentak—

(a)

Pegawai yang

Menjaga

Daerah

Polis hendaklah memberikan keutamaan kepada penganjur yang terlebih dahulu mengemukakan pemberitahuan untuk mengadakan perhimpunan di tempat perhimpunan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu, melainkan jika tempat perhimpunan itu mengikut tradisi atau kontrak digunakan bagi perhimpunan yang satu lagi; atau

(b)

dalam hal pemberitahuan perhimpunan yang diterima pada masa yang sama, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah memberikan keutamaan kepada penganjur yang namanya dicabut dalam suatu cabutan yang diadakan oleh

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis untuk mengadakan perhimpunan di tempat perhimpunan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

Report

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules