Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2024 · As enacted
12. Perenggan 10A baharu
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 10 perenggan yang berikut:
s 10A“Penyesuaian munasabah bagi orang kurang upaya
Suatu syarikat penerbangan tidak boleh menolak—
untuk menerima suatu tempahan bagi penerbangan yang berlepas dari suatu aerodrom yang baginya Kod ini terpakai; atau
untuk mengambil orang kurang upaya di aerodrom sedemikian, dengan syarat bahawa orang itu mempunyai tempahan yang sah, atas alasan kurang upaya.
P.U. (B) 345 10
Suatu syarikat penerbangan boleh menolak suatu tempahan di bawah subsubperenggan (1)(a) atau daripada mengambil orang kurang upaya di bawah subsubperenggan (1)(b) jika—
penolakan itu bagi memenuhi kehendak keselamatan yang ditetapkan oleh Ketua Pegawai Operasi Pihak Berkuasa
Penerbangan Awam; atau
saiz pesawat udara atau pintunya menjadikan pengambilan atau pengangkutan secara fizikal orang kurang upaya itu tidak mungkin dapat dilakukan.
Suatu syarikat penerbangan boleh, bagi memenuhi kehendak keselamatan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a), menghendaki orang kurang upaya itu untuk diiringi oleh seorang yang lain yang berupaya untuk memberikan bantuan yang diperlukan oleh orang kurang upaya itu.
Sekiranya terdapat penolakan untuk menerima suatu tempahan atas alasan yang disebut dalam subsubperenggan (2)(a) atau (b), syarikat penerbangan itu hendaklah melakukan usaha yang sewajarnya untuk mencadangkan suatu alternatif yang boleh diterima kepada orang kurang upaya itu.
Orang kurang upaya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan kurang upayanya dan mana-mana orang yang mengiringi orang itu menurut subperenggan (3) hendaklah ditawarkan hak yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Hak kepada opsyen penerbangan pergi balik atau perubahan laluan hendaklah dengan syarat semua kehendak keselamatan dipenuhi.
Suatu syarikat penerbangan hendaklah menjadikan tersedia kepada umum, dalam format yang boleh diakses dan dalam
P.U. (B) 345 11
sekurang-kurangnya bahasa yang sama seperti maklumat yang dijadikan tersedia kepada pengguna lain, kaedah-kaedah keselamatan yang terpakai bagi pengangkutan orang kurang upaya, dan juga apa-apa sekatan ke atas pengangkutan mereka atau ke atas pengangkutan kelengkapan mobiliti disebabkan saiz pesawat udara.
Suatu syarikat penerbangan yang menolak untuk menerima tempahan atau mengambil orang kurang upaya di bawah subsubperenggan (2)(a) atau (b), atau mana-mana orang yang mengiringi orang itu walaupun subperenggan (3) dipatuhi hendaklah—
dengan serta-merta memberitahu orang kurang upaya itu sebab bagi penolakan itu; dan
atas permintaan orang kurang upaya itu, memberitahu sebab dalam subsubperenggan (a) secara bertulis dalam masa lima hari bekerja dari permintaan itu.
Jika suatu syarikat penerbangan menerima pemberitahuan tentang keperluan bantuan oleh orang kurang upaya pada mana-mana peringkat jualan, syarikat penerbangan itu hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk menyediakan bantuan itu.
Jika pemberitahuan yang disebut dalam subperenggan (9) diterima sekurang-kurangnya empat puluh lapan jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan hendaklah—
menyampaikan maklumat yang berkenaan dalam masa dua belas jam daripada penerimaan pemberitahuan tentang keperluan bantuan kepada syarikat penerbangan yang beroperasi, jika tempahan tidak dibuat dengan syarikat penerbangan itu; atau
P.U. (B) 345 12
jika identiti syarikat penerbangan yang beroperasi tidak diketahui pada masa pemberitahuan, menyampaikan maklumat itu kepada syarikat penerbangan yang beroperasi dengan seberapa segera setelah identitinya diketahui.
Pemberitahuan di bawah subperenggan (9) hendaklah juga terpakai bagi penerbangan pergi balik, jika penerbangan keluar dan penerbangan balik telah dikontrakkan dengan syarikat penerbangan yang sama.
Jika pemberitahuan yang disebut dalam subperenggan (9)
diterima kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada syarikat penerbangan yang beroperasi secepat yang dapat dilaksanakan.
Apabila orang kurang upaya tiba melalui udara di aerodrom, syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah membuat tindakan yang munasabah bagi menyediakan bantuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang yang berkenaan itu boleh menaiki penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan, dengan syarat bahawa—
pengguna itu menghadirkan diri bagi daftar masuk pada masa yang ditentukan oleh syarikat penerbangan yang beroperasi; atau
pengguna itu tiba pada suatu tempat dalam sempadan lapangan terbang yang ditetapkan mengikut subperenggan (20) pada masa yang ditentukan oleh syarikat penerbangan yang beroperasi.
Apabila orang kurang upaya bertransit melalui aerodrom, atau dipindahkan oleh syarikat penerbangan yang beroperasi dari penerbangan yang
P.U. (B) 345 13
baginya orang itu mempunyai tempahan ke penerbangan yang lain, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan penyediaan bantuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang itu menaiki penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan.
Semasa ketibaan orang kurang upaya di aerodrom, syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan penyediaan bantuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang itu tiba ke tempat perlepasan dari aerodrom yang disebut dalam subperenggan (20).
Bantuan yang disediakan hendaklah, setakat yang mungkin, bersesuaian dengan keperluan tertentu pengguna individu.
Orang kurang upaya hendaklah berhak menggunakan perkhidmatan kerusi roda secara percuma apabila mengemukakan kad OKU.
Syarikat penerbangan hendaklah—
memastikan bahawa semua kakitangan, termasuk kakitangan yang diambil bekerja oleh mana-mana subkontraktor, yang menyediakan bantuan terus kepada orang kurang upaya mempunyai pengetahuan tentang cara untuk memenuhi keperluan orang yang mempunyai pelbagai ketakupayaan;
memberikan latihan kesamarataan dan kesedaran mengenai orang kurang upaya kepada semua kakitangan yang bekerja di aerodrom yang berurusan secara terus dengan orang awam yang membuat perjalanan; dan
P.U. (B) 345 14
memastikan bahawa, selepas pengambilan, semua pekerja baharu menghadiri latihan berkaitan dengan orang kurang upaya dan semua kakitangan mengikuti kursus latihan ulang kaji apabila perlu.
Seseorang pengendali aerodrom hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan penyediaan ameniti dan kemudahan berstruktur untuk orang kurang upaya mengikut apa-apa cara yang membolehkan orang itu menaiki penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan.
Pengendali aerodrom hendaklah—
menetapkan tempat ketibaan dan perlepasan dalam sempadan lapangan terbang atau di suatu tempat di bawah kawalan langsung pengendali aerodrom itu, di dalam dan di luar bangunan terminal, yang orang kurang upaya boleh, dengan mudah, mengumumkan ketibaannya di lapangan terbang dan meminta bantuan; dan
memastikan yang tempat ketibaan dan perlepasan yang disebut dalam subsubperenggan (a) ditandakan dengan jelas dan menawarkan maklumat asas mengenai lapangan terbang, dalam format yang boleh diakses.”.
Pindaan perenggan 11 13.
Perenggan 11 Kod ibu dipinda—
dalam subperenggan (2), dengan menggantikan perkataan “pampasan dan penjagaan” dengan perkataan “hak”; dan
dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:
P.U. (B) 345 15
“(3)
Jika bilangan pengguna secara sukarela tidak mencukupi, syarikat penerbangan yang beroperasi boleh untuk tidak membenarkan pesawat dinaiki oleh mana-mana pengguna sebelum pengguna itu menaiki pesawat udara dan hendaklah dengan serta-merta menawarkan hak mengikut Jadual Pertama.”.
Pindaan perenggan 12 14.
Perenggan 12 Kod ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kelewatan dan pembatalan penerbangan”;
dalam subperenggan (1)—
dengan menggantikan perkataan
“Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi semunasabahnya menjangkakan kelewatan suatu penerbangan” dengan perkataan “Jika suatu penerbangan lewat”;
dengan memasukkan selepas perkataan “syarikat penerbangan yang beroperasi hendaklah” perkataan “memberitahu dan”; dan
dengan menggantikan perkataan “pampasan dan penjagaan”
dengan perkataan “hak”;
dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:
“(3)
Had liabiliti di bawah subperenggan (2) adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.”;
P.U. (B) 345 16
dengan menggantikan subperenggan (5) dengan subperenggan yang berikut:
“(5)
Bagi maksud subperenggan (1), jika pilihan bayaran balik terpakai, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah terlebih dahulu menawarkan bayaran balik melainkan jika pengguna memilih pilihan berlainan yang tersedia.”;
dengan memasukkan selepas subperenggan (5) subperenggan yang berikut:
“(5A)
Syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh menawarkan mana-mana bentuk bayaran balik alternatif lain sebagai tambahan kepada bayaran balik yang disebut dalam subperenggan (5)
sekiranya syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh membuktikan bahawa pembatalan atau kelewatan selama lima jam atau lebih itu adalah disebabkan oleh hal keadaan luar biasa, yang tidak dapat dielakkan walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil.”;
dan
dengan memotong subperenggan (6).
Pindaan perenggan 12A
s 15
Kod ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 12A dengan perenggan yang berikut:
s 12A“Pemberhentian laluan dan penjadualan semula penerbangan
Apabila sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi—
memutuskan untuk memberhentikan sesuatu laluan;
atau
memutuskan untuk melaksanakan penjadualan
P.U. (B) 345 17
semula penerbangan tiga jam atau lebih sebelum atau selepas waktu perlepasan yang dijadualkan, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah memberitahu dan menawarkan hak kepada pengguna sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama.
Bagi maksud subperenggan (1), syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah terlebih dahulu menawarkan bayaran balik melainkan jika pengguna memilih pilihan berlainan yang tersedia.
Syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh menawarkan mana-mana bentuk bayaran balik alternatif lain sebagai tambahan kepada bayaran balik yang disebut dalam subperenggan (2)
sekiranya syarikat penerbangan yang beroperasi itu boleh membuktikan bahawa pemberhentian laluan atau penjadualan semula penerbangan itu adalah disebabkan oleh hal keadaan luar biasa, yang tidak dapat dielakkan walaupun semua langkah yang sewajarnya telah diambil.
Hal keadaan luar biasa disifatkan wujud apabila impak suatu keputusan pengurusan trafik udara berhubung dengan suatu pesawat udara tertentu pada suatu hari tertentu menimbulkan kelewatan yang lama, kelewatan semalaman, atau pembatalan satu atau lebih penerbangan oleh pesawat udara itu, walaupun semua tindakan munasabah telah diambil oleh syarikat penerbangan yang beroperasi itu bagi mengelakkan kelewatan atau pembatalan itu.”.
Pindaan perenggan 13 16.
Perenggan 13 Kod ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi”;
P.U. (B) 345 18
dengan memotong subperenggan (2);
dengan menggantikan subperenggan (5) dengan subperenggan yang berikut:
“(5)
Had liabiliti bagi kelewatan, kehilangan atau kerosakan bagasi dalam sesuatu penerbangan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.”; dan
dengan memasukkan selepas subperenggan (10) subperenggan yang berikut:
“(10A)
Aduan yang disebut dalam perenggan ini termasuklah suatu
Laporan Ketakteraturan Harta.”.
Pindaan perenggan 14 17.
Kod ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 14 dengan perenggan yang berikut:
s 14“Kehilangan atau kerosakan kelengkapan mobiliti dan alat bantuan
Jika kelengkapan mobiliti atau alat bantuan pengguna hilang atau rosak semasa dikendalikan di aerodrom atau dipindahkan ke dalam pesawat udara, syarikat penerbangan yang beroperasi adalah bertanggungan untuk memberikan pampasan bagi kehilangan atau kerosakan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Jika syarikat penerbangan yang beroperasi tidak sama dengan syarikat penerbangan yang berkontrak, pengguna mempunyai hak untuk mengemukakan aduan atau membuat tuntutan bagi kerugian terhadap syarikat penerbangan yang beroperasi atau syarikat penerbangan yang berkontrak itu.”.
P.U. (B) 345 19
Pindaan perenggan 15 18.
Subsubperenggan 15(2)(a) Kod ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“pampasan dan penjagaan” dengan perkataan “hak”.
Perenggan baharu 15A dan 15B
s 19
Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 15 perenggan yang berikut:
s 15A“Bayaran balik kepada pengguna
Selain hak di bawah perenggan 10 dan tertakluk kepada terma dan syarat suatu tiket, syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah, apabila dituntut oleh pengguna, membayar balik kepada pengguna—
tambang asas, termasuk semua caj yang kena dibayar kepada syarikat penerbangan;
caj bagi perkhidmatan pilihan yang dibeli oleh pengguna secara pilih-masuk;
surcaj bahan api;
cukai dan fi yang dikenakan oleh Kerajaan;
fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan
apa-apa fi dan caj lain sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya untuk dikenakan ke atas pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan.
Walau apa pun subperenggan (1), syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah membayar balik surcaj bahan api, cukai, fi, dan caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(c), (d), (e) dan (f) sekiranya pengangkutan
P.U. (B) 345 20
pengguna dengan perkhidmatan pengangkutan udara tidak diberikan kepada pengguna itu.
Bagi maksud bayaran balik surcaj bahan api, cukai, fi, dan caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(c), (d), (e) dan (f), syarikat penerbangan yang berkontrak boleh mengenakan fi pemprosesan sehingga lima peratus daripada surcaj bahan api, cukai, fi, atau caj itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika syarikat penerbangan yang berkontrak telah mengenakan fi pemprosesan bagi maksud bayaran balik tambang asas atau caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) dan (b), syarikat penerbangan yang berkontrak itu tidak lagi boleh mengenakan apa-apa fi pemprosesan bagi mana-mana bayaran balik yang disebut dalam subperenggan (3).
Walau apa pun subperenggan (1), (2), (3) dan (4), Suruhanjaya boleh menentukan bayaran balik mana-mana fi atau caj lain yang disifatkan patut bagi maksud perenggan ini.
Syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremit apa-apa bayaran balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tuntutan bagi bayaran balik itu.
Jika sesuatu tiket dibeli daripada seseorang ejen pelancongan atau melalui mana-mana portal pelancongan, syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremitkan apa-apa bayaran balik kepada ejen pelancongan atau portal pelancongan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tuntutan bagi bayaran balik oleh pengguna mengikut terma dan syarat antara syarikat penerbangan yang berkontrak dengan ejen pelancongan atau antara syarikat penerbangan yang berkontrak dengan portal pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
P.U. (B) 345 21
s 15BBentuk bayaran balik
Bagi maksud Bahagian ini, bayaran balik yang hendaklah dibayar kepada pengguna hendaklah dalam bentuk yang sama seperti cara bayaran asal yang dibuat oleh pengguna pada waktu pembelian tiket oleh pengguna.”.
Pindaan perenggan 17 20.
Subperenggan 17(1) Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan
“di syarikat penerbangan atau pengendali aerodrom” perkataan “, atau tapak rangkaian sosial atau apa-apa format elektronik atau digital lain”.
Pindaan perenggan 18 21.
Perenggan 18 Kod ibu dipinda—
dalam subperenggan (2), dengan menggantikan perkataan “satu tahun”
dengan perkataan “dua tahun”;
dalam subsubperenggan (3)(a), dengan memasukkan selepas perkataan
“penolakannya dan” perkataan “, jika sesuai,”;
dengan menggantikan subperenggan (5) dengan subperenggan yang berikut:
“(5)
Suatu aduan boleh dibawa di hadapan Suruhanjaya jika tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.”; dan
dalam subperenggan
, dengan menggantikan perkataan
“subperenggan (4)” dengan perkataan “subperenggan (8)”.
Pindaan perenggan 21 22.
Perenggan 21 Kod ibu dipinda—
dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan (e);
P.U. (B) 345 22
dengan memasukkan selepas subperenggan (e) subperenggan yang berikut:
“(ee)
statistik atau maklumat yang berhubungan dengan fi atau caj yang dipungut;” dan
dalam subperenggan (f), dengan memasukkan selepas perkataan “apa-apa”
perkataan “statistik atau”.
Perenggan baharu 21A
s 23
Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan 21 perenggan yang berikut:
s 21A“Wang tak dituntut
Apa-apa wang yang disebut di bawah Kod ini yang tidak dibayar balik kepada pengguna hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar Wang Tak
Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].”.
Pindaan perenggan 22 24.
Perenggan 22 Kod ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Bahagian II Kod, perenggan 11, 12, 12A, 13, 14, 15, 17 dan 18 Kod, Bahagian V Kod, dan Bahagian IV Kod”
dengan perkataan “Kod ini”.
Pindaan Jadual Pertama 25.
Kod ibu dipinda dengan menggantikan Jadual Pertama dengan jadual yang berikut:
P.U. (B) 345 23
“JADUAL PERTAMA
[Perenggan 10A, 11, 12, 12A dan 14]
HAK PENGGUNA
Bil.
Peruntukan
Perihalan
Hak 1.
Perenggan 10A
Tidak membenarkan orang kurang upaya menaiki pesawat atas alasan kurang upayanya
Orang kurang upaya dan mana-mana orang yang mengiringinya hendaklah ditawarkan dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan pilihan, surcaj bahan api, caj, cukai, dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat;
penerbangan balik semula ke tempat pertama perlepasan, pada peluang yang terawal; atau
perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir
P.U. (B) 345 24
mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kesesuaian pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.
Dalam hal apabila beberapa lapangan terbang menyediakan perkhidmatan bagi sesuatu pekan, bandar atau wilayah, syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang pengguna penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan pengguna itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui dengan pengguna itu.
s 2Perenggan 11 Tidak dibenarkan menaiki pesawat
Pengguna hendaklah ditawarkan dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan pilihan, surcaj bahan api, caj, cukai dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan
P.U. (B) 345 25
yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau
perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan, dan penjagaan semasa menunggu perubahan laluan, secara percuma, termasuk—
makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet; dan
penginapan di hotel dan pengangkutan antara lapangan terbang dengan tempat penginapan (hotel atau yang lain)
apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu.
P.U. (B) 345 26
Dalam hal apabila beberapa lapangan terbang menyediakan perkhidmatan bagi sesuatu pekan, bandar atau wilayah, sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang pengguna penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan pengguna itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui dengan pengguna itu.
s 3Perenggan 12 Kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih
Pengguna hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.
s 4Perenggan 12 Kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih
Pengguna hendaklah ditawarkan secara percuma dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan pilihan, surcaj bahan api, caj, cukai, dan fi, bagi bahagian
P.U. (B) 345 27
atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau
penginapan di hotel dan pengangkutan antara lapangan terbang dengan tempat penginapan
(hotel atau yang lain) dalam hal—
jika penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu;
atau
jika penginapan tambahan kepada yang dirancang oleh pengguna adalah perlu.
s 5Perenggan 12 Pembatalan penerbangan
Pengguna hendaklah ditawarkan dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan pilihan,
P.U. (B) 345 28
surcaj bahan api, caj, cukai, dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat;
atau
perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.
Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang pengguna penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang
P.U. (B) 345 29
baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan pengguna itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui oleh pengguna itu.
s 6Perenggan 12A
Pemberhentian laluan
Pengguna hendaklah ditawarkan dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan pilihan, surcaj bahan api, caj, cukai, dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau
perubahan laluan, di bawah
P.U. (B) 345 30
keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.
Jika suatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang pengguna penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan pengguna itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui oleh pengguna itu.
s 7Perenggan 12A
Penjadualan semula penerbangan
Pengguna hendaklah ditawarkan dan boleh memilih pilihan yang berikut:
dibayar balik dalam masa tiga puluh hari, bagi kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli, termasuk tambang asas, caj bagi perkhidmatan
P.U. (B) 345 31
pilihan, surcaj bahan api, caj, cukai, dan fi, bagi bahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilakukan, dan bagi bahagian atau bahagian-bahagian yang telah dilakukan jika penerbangan itu tidak lagi menyediakan perkhidmatan bagi apa-apa maksud berhubung dengan perancangan perjalanan asal pengguna, tanpa hak untuk menaiki pesawat; atau
perubahan laluan, di bawah keadaan pengangkutan yang setanding, ke destinasi akhir mereka pada peluang yang terawal atau pada tarikh yang kemudian mengikut kemudahan pengguna, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk, tanpa dikenakan bayaran tambahan.
Jika sesuatu syarikat penerbangan yang beroperasi menawarkan kepada seseorang pengguna penerbangan ke suatu lapangan terbang yang merupakan alternatif kepada lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, syarikat
P.U. (B) 345 32
”.
penerbangan yang beroperasi itu hendaklah menanggung kos pemindahan pengguna itu dari lapangan terbang alternatif itu ke lapangan terbang yang baginya tempahan dibuat, atau ke destinasi lain yang berhampiran yang dipersetujui oleh pengguna itu.
s 8Perenggan 14 Kehilangan atau kerosakan kelengkapan mobiliti atau alat bantu
Pengguna hendaklah diberikan pampasan berdasarkan harga pasaran semasa kelengkapan atau alat itu.
Pindaan Jadual Kedua 26.
Jadual Kedua kepada Kod ibu dipinda—
dengan menggantikan kepala
“[Perenggan 9]”
dengan kepala
“[Perenggan 10A]”; dan
dalam subperenggan 1(a), dengan menggantikan perkataan
“subperenggan 9(19)” dengan perkataan “subperenggan 10A(20)”.
Jadual Ketiga Baharu 27.
Kod ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua, jadual yang berikut:
P.U. (B) 345 33
”.
“JADUAL KETIGA
[Perenggan 12 dan 13]
HAD LIABILITI
Bil.
Peruntukan
Had Liabiliti
(Hak Pengeluaran Khas)
s 1Perenggan 12(3)
5,346 bagi setiap pengguna 2.
Perenggan 13(5)
1,288 bagi setiap pengguna
Bertarikh 30 Ogos 2024
[MAVCOM/LSU/(R)/2024/003; PN(PU2)735/JLD.4]
DATUK SERI HAJI SARIPUDDIN HAJI KASIM
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
P.U. (B) 345 34
MALAYSIAN AVIATION COMMISSION ACT 2015
MALAYSIAN AVIATION CONSUMER PROTECTION (AMENDMENT) CODE 2024