Malaysia legislation

Section 11

of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Seksyen 11

Pindaan perenggan 10

Kod ibu dipinda dengan menggantikan perenggan 10 dengan perenggan yang berikut:

“Hak perjalanan 10.

(1)

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang pengguna hendaklah mempunyai hak di bawah Kod ini jika pengguna itu—

(a)

mempunyai tempahan yang disahkan dalam penerbangan yang berkenaan; atau

P.U. (B) 345 8

(b)

telah dipindahkan ke penerbangan yang lain oleh suatu syarikat penerbangan daripada penerbangan yang baginya dia mempunyai tempahan, tanpa mengira sebab.

(2)

Tertakluk kepada subperenggan

(1)

, seseorang pengguna hendaklah mempunyai hak di bawah Kod ini jika pengguna itu—

(a)

tidak dibenarkan menaiki pesawat atas alasan kurang upaya sebagaimana yang disebut dalam perenggan 10A;

(b)

telah terjejas oleh mana-mana kegendalaan penerbangan sebagaimana yang disebut dalam perenggan 11, 12 atau 12A;

(c)

mengalami kehilangan, kerosakan atau kelewatan bagasi sebagaimana yang disebut dalam perenggan 13; atau

(d)

mengalami kehilangan atau kerosakan kelengkapan mobiliti atau alat bantuan sebagaimana yang disebut dalam perenggan 14.

(3)

Bagi mengelakkan keraguan, pengguna yang disebut dalam subperenggan (1) termasuklah seorang pengguna dengan tiket yang dikeluarkan di bawah program pengguna penerbangan kerap atau program komersial lain oleh sesuatu syarikat penerbangan.

(4)

Walau apa pun terma dan syarat sesuatu tiket, hak seorang pengguna adalah kumulatif bila mana terpakai.

MISALAN

Seorang pengguna telah membeli tiket untuk suatu perjalanan dari KUL ke MEL dengan

Syarikat Penerbangan A dan penerbangan itu dijadualkan untuk berlepas pada jam 2000.

Pada hari perlepasan, selepas mendaftar masuk di lapangan terbang, pengguna telah menerima pemberitahuan daripada Syarikat Penerbangan A yang memberitahu pengguna tentang

P.U. (B) 345 9

kelewatan bagi penerbangan itu dari jam 2000 ke jam 2200. Pada jam 2230, satu lagi pemberitahuan kelewatan penerbangan telah diterima oleh pengguna itu daripada Syarikat

Penerbangan A yang menyatakan bahawa penerbangan itu akan ditangguh selanjutnya hingga jam 0100 keesokan harinya.

Hak pengguna adalah kumulatif, iaitu:

(a)

bagi kelewatan selama dua jam dari jam 2000 hingga jam 2200, Syarikat

Penerbangan A dikehendaki menawarkan kepada pengguna makanan, minuman, panggilan telefon dan akses kepada internet; dan

(b)

bagi kelewatan selama lima jam sehingga jam 0100, Syarikat Penerbangan A dikehendaki menawarkan kepada pengguna pilihan antara bayaran balik, atau penginapan hotel (jika penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu)

dan pengangkutan antara lapangan terbang dengan tempat penginapan

(hotel atau yang lain).”.

Perenggan 10A baharu

Section 11 — KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2024