Malaysia legislation
Section 11
Section 11
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
(1)
Lembaga hendaklah memberi Menteri dan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 15
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh
Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.