Skip to content

Section 9

Kawasan Terengganu Tengah

of Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Act 1973

ActIn forceProvision 9 of 33
Section 9

(1)

Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan

Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa, menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan yang dalamnya Lembaga akan melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dinamakan

“Kawasan Terengganu Tengah”.

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk melaksanakan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Terengganu Tengah.