Malaysia legislation
Section 8
Section 8
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
(1)
Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan itu.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada perundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—
(a)
mengenai pelupusan aset modal; dan
(b)
mengenai penggunaan hasil daripada pelupusan itu,
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 104
walaupun arahan itu mungkin mengenai sesuatu yang tertentu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa arahan boleh diberikan selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum dijelaskan.