Malaysia legislation
Section 4
Section 4
Fungsi Lembaga
(1)
Fungsi Lembaga adalah—
(a)
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan
Terengganu Tengah;
(b)
memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam Kawasan Terengganu Tengah; dan
(c)
mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam Kawasan Terengganu Tengah.
(2)
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu—
(a)
menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti komersial dan perindustrian, yang penjalanannya didapati oleh
Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 104
berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya yang tersebut itu, termasuk mengilang, memasang, memproses, membungkus, menggred dan memasarkan keluaran, penyelidikan dan latihan;
(b)
mendayausahakan kajian permulaan mengenai kawasan pembangunan dan pembangunan semula yang mungkin dan membuat rancangan permulaan yang menggariskan aktiviti pembangunan atau pembangunan semula dan tinjauan permulaan untuk menentukan sama ada pengusahaan atau penjalanan projek pembangunan atau pembangunan semula dapat dilaksanakan;
(c)
bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen atau ejen pengurus bagi, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama-sama dengan atau bagi pihak, Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, mana-mana badan atau mana-mana orang;
(d)
memajukan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, pihak berkuasa awam, mana-mana syarikat, mana-mana perbadanan, atau mana-mana badan atau orang lain;
(e)
menubuhkan atau memperkembang, atau memajukan penubuhan atau pengembangan, syarikat, perbadanan atau badan lain untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu sama ada di bawah kawalan atau kawalan separa
Lembaga atau secara bebas;
(f)
memberikan bantuan kepada mana-mana pihak berkuasa awam, syarikat, perbadanan atau mana-mana badan atau orang lain yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti itu, termasuk bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
(g)
membeli, menaja jamin atau dengan apa-apa cara lain memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau persendirian, dan melupuskannya mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh
Lembaga;
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 11
(h)
menghendaki jabatan, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam menjalankan atau bercadang untuk menjalankan pembangunan dalam Kawasan Terengganu
Tengah untuk mengemukakan laporan berkenaan dengan aktiviti atau aktiviti yang dicadangkan oleh mereka yang mengandungi apa-apa butir dan maklumat yang dinyatakan oleh Lembaga;
(i)
melantik ejen atau menubuhkan apa-apa badan lain yang difikirkan patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(j)
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana kuasa atau fungsinya;
(k)
menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa komisen atau bayaran yang dipersetujui;
(l)
mengawal selia pembangunan dalam Kawasan Terengganu
Tengah; dan
(m)
melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
(3)
Tertakluk kepada seksyen 8, menjadi tanggungjawab
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut cara yang dapat menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan penyusunan semula masyarakat.