Section 7
Kelayakan Pentadbir
of Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015
(a)
ialah orang sebenar; dan
(b)
telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikannya.
(2)
Orang yang berikut layak untuk dilantik sebagai
Pentadbir:
(a)
seorang juruaudit syarikat yang diluluskan di bawah Akta
Syarikat 1965; atau
(b)
seseorang yang, pada pendapat pelantik, berupaya untuk melaksanakan tugas pentadbir.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
(3)
Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik sebagai
Pentadbir:
(a)
seorang bankrap belum lepas;
(b)
seorang pemegang gadai janji mana-mana harta Syarikat yang Ditadbir;
(c)
seorang yang mempunyai pemegangan syer secara langsung atau tidak langsung dalam Syarikat yang Ditadbir;
(d)
seorang yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak atau perkiraan untuk membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada Syarikat yang Ditadbir;
(e)
seorang juruaudit Syarikat yang Ditadbir; atau
(f)
seorang pegawai Syarikat yang Ditadbir.