Malaysia legislation
Section 33
Section 33
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
(a)
membayar saraan, elaun, bayaran balik dan perbelanjaan lain Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, anggota
Lembaga, anggota jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat
Institut, pegawai yang ditugaskan, mana-mana orang yang diundang oleh Lembaga atau jawatankuasa dan mana-mana orang yang diupah oleh Institut, termasuk memberikan pinjaman dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen dan ganjaran;
(b)
menjelaskan apa-apa belanja yang ditanggung dalam memperuntukkan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat
Institut, dengan kelulusan Lembaga;
(c)
membayar apa-apa belanja, fi, kos, perbelanjaan, pemberian atau pembayaran lain yang ditanggung atau diterima dengan sah oleh Institut dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya, termasuk fi dan kos guaman;
(d)
membeli atau menyewa kelengkapan, mesin dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan aset lain, membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan perusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya;
(e)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 37 dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
dan
(f)
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 748
Pemeliharaan Kumpulan Wang