JADUAL KEDUA
[Subseksyen 7(5)]
Kerajaan............
LESEN PENGEKSPLORASIAN
Tafsiran
1. (1) Dalam lesen ini—
“kawasan pengeksplorasian” ertinya kawasan tanah di luar pesisir/di daratan yang dinyatakan dalam Jadual di bawah ini, dan jika sebahagian daripada kawasan itu telah terhenti menjadi perkara lesen ini mengikut terma dan syarat lesen ini, kawasan itu sebagaimana yang dikurangkan mengikutnya;
“pemegang lesen” ertinya ......................................* dan termasuk pengganti-penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya;
*Masukkan nama dan alamat pemegang lesen.
16
Undang-Undang Malaysia
†“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Negeri dan, kecuali dalam Fasal 2,3,4, 8(2), 25 dan 26 termasuk ;
†“Pihak Berkuasa Petroleum” ertinya Yang di-Pertuan Agong dan, kecuali dalam Fasal 2, 3, 4, 8(2), 25 dan 26, termasuk Menteri yang bertanggungjawab bagi tanah dan lombong;
“telaga” termasuklah lubang gerek.
(2) Apa-apa obligasi yang dikehendaki dipatuhi oleh pemegang lesen hendaklah, pada bila-bila masa apabila pemegang lesen itu daripada seorang, bersesama dan berasingan.
(3) Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam lesen ini yang tidak ditakrifkan dalam lesen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Pelombongan Petroleum 1966
hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu.
Hak untuk mencari petroleum 2.
Sebagai balasan bagi bayaran yang diperuntukkan kemudian daripada ini dan pelaksanaan dan kepatuhan oleh pemegang lesen akan segala terma dan syarat lesen ini, LESEN DAN KEBEBASAN dengan ini diberikan di bawah
Akta Pelombongan Petroleum 1966 kepada pemegang lesen untuk mencari petroleum dalam kawasan pengeksplorasian sepanjang berterusannya lesen ini bersama dengan orang lain yang telah diberi atau mungkin akan diberi kemudiannya hak yang serupa dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lesen ini:
Dengan syarat bahawa sekiranya Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum berkenaan dengan kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya dengan pemegang lesen atau dengan mana-mana orang lain hak-hak yang dengan ini diberikan berkenaan dengan kawasan yang diliputi oleh perjanjian petroleum itu hendaklah tamat dengan serta-merta tanpa Pihak Berkuasa
Petroleum kena membayar apa-apa pampasan kepada pemegang lesen itu.
†Potong-mana-mana yang tidak berkenaan.
Raja†
Yang Di-Pertuan Negeri†
Menteri Besar†
Ketua Menteri†
Pelombongan Petroleum 17
Perizaban yang berhubungan dengan kuasa untuk mengerjakan galian, untuk memberikan lesen, pajakan, dsb.
3. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (2), hak dan kuasa yang diberikan di bawah lesen ini tertakluk kepada perizaban yang berikut, iaitu dengan ini dirizabkan—
(a) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk mencari, menggali, mengerjakan dan mendapatkan apa-apa arang batu atau galian atau bahan lain termasuk petroleum di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya;
(b) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum berkenaan dengan keseluruhan kawasan pengeksplorasian untuk memberikan pajakan atau lesen kepada mana-mana orang untuk mencari, menggali, mengerjakan, melombong dan mendapatkan apa-apa batu arang atau galian lain (termasuk petroleum) di atas atau di bawah kawasan pengeksplorasian atau mana-mana bahagiannya;
(c) kebebasan kepada Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum untuk masuk ke dalam atau ke atas apa-apa bahagian tanah berlesen yang merupakan tanah Kerajaan atau yang diletakhakkan pada Kerajaan Persekutuan bagi maksud menggunakan segala hak yang diberikan oleh undang-undang kepada Pihak Berkuasa Petroleum termasuk hak yang diberikan kepada pemegang lesen dalam Fasal 2 dan apa-apa hak untuk memberikan pajakan atau lesen atas semua tanah atau mana-mana bahagiannya.
(2) Perizaban yang terkandung dalam Fasal ini tidak boleh digunakan dengan cara yang boleh menghalang atau mengganggu atau membolehkan mana-mana orang atau badan menghalang atau mengganggu hak dan kuasa pemegang lesen di bawah lesen ini.
Kuasa untuk menyisihkan bahagian
4. (1) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang terdahulu Pihak Berkuasa
Petroleum mempunyai kuasa pada bila-bila masa untuk menyisihkan dari kawasan pengeksplorasian mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian yang dari semasa ke semasa dikehendaki bagi apa-apa jua maksud awam:
Dengan syarat bahawa bahagian yang disisihkan di bawah Fasal ini hendaklah terus menjadi sebahagian daripada kawasan pengeksplorasian tertakluk kepada lesen ini tetapi tiada apa-apa operasi di bawah lesen ini boleh dijalankan ke atas atau dalam bahagian itu, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa yang mengawal bahagian yang disisihkan itu.
(2) Pemegang lesen hendaklah dibebaskan daripada segala liabiliti dan obligasi di bawah lesen ini berkenaan dengan mana-mana bahagian yang disisihkan menurut Fasal ini kecuali liabiliti dan obligasi yang telah terakru sebelum penyisihan itu.
18
Undang-Undang Malaysia
Sekatan ke atas kuasa pemegang lesen
5. (1) Tiada apa-apa jua dalam lesen ini boleh memberi kuasa atau membenarkan pemegang lesen memasuki atau menduduki atau menggunakan apa-apa hak dan kuasa yang diberikan boleh Fasal 2 berhubung dengan—
(a) mana-mana kawasan yang dianggap suci (dan bagi maksud perenggan ini, jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana kawasan itu dianggap suci, persoalan itu hendaklah diputuskan oleh
Menteri Besar*/Ketua Menteri* yang keputusannya adalah muktamad);
(b) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada Pihak Berkuasa Petroleum
(kebenaran itu hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat munasabah yang dikenakan), mana-mana bahagian yang berikut dalam kawasan pengeksplorasian itu:
(i) mana-mana bahagian yang diasingkan atau digunakan atau diuntukkan atau diserahkan bagi maksud awam;
(ii) mana-mana bahagian yang terletak dalam atau diliputi oleh mana-mana perbandaran, bandar, kampung, pasar, tanah perkuburan atau pusara atau yang diduduki oleh Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan sesuatu Negeri;
(iii) mana-mana bahagian yang menjadi tapak atau dalam lingkungan lima puluh ela dari mana-mana bangunan, pepasangan, kolam air, empangan, jalan awam atau jalan trem atau yang diuntukkan bagi atau terletak dalam lingkungan lima puluh ela dari mana-mana jalan keretapi; dan
(iv) mana-mana bahagian yang sebenarnya sedang diusahakan dengan tanaman;
(c) mana-mana bahagian yang terdiri daripada tanah beri hakmilik (selain tanah yang termasuk dalam subperenggan (b)) melainkan jika dan sehingga kebenaran bertulis untuk berbuat demikian telah didapati oleh pemegang lesen daripada pemunya tanah, atau, dalam hal pemunya enggan memberikan kebenaran itu, daripada Menteri Besar* /Ketua
Menteri *:
Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar kepada pemunya tanah itu pampasan yang berpatutan dan mencukupi bagi apa-apa kerosakan tanah atau tanaman yang tumbuh di atas tanah itu atau apa-apa harta di dalamnya yang disebabkan oleh pemegang lesen atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya berkaitan dengan operasi yang dibenarkan di bawah lesen ini. Sekiranya ada apa-apa pertikaian tentang siapakah yang sebenarnya yang menjadi penghuni sah, atau pemunya, tanah itu, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan Menteri Besar*/Ketua Menteri*
apa-apa jumlah wang yang ternyata padanya merupakan pembayaran penuh atau sebahagian yang munasabah apa-apa jua pampasan yang pemegang lesen mungkin didapati kena membayarnya kepada orang itu tetapi tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun itu yang dibayar yang melebihi pampasan tersebut.
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Pelombongan Petroleum 19
(2) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia.
(3) Pemegang lesen tidak boleh menghalang atau mencegah mana-mana orang mendapat akses kepada atau menggunakan atas risikonya sendiri apa-apa jalan yang dibina mengikut lesen ini:
Dengan syarat bahawa—
(a) jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh menyebabkan kerosakan yang ketara kepada jalan itu atau akan menambahkan belanja penyenggaraan jalan itu dengan banyaknya, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika selepas diminta berbuat demikian, orang itu membayar sumbangan yang munasabah untuk belanja penyenggaraan jalan itu; dan
(b) jika mana-mana orang menggunakan jalan itu dengan-apa-apa cara yang pada pendapat pemegang lesen boleh secara material mengganggu penggunaan dan penikmatan bebas jalan itu oleh pemegang lesen, pemegang lesen boleh menghalang orang itu mendapat akses kepada atau menggunakan jalan itu melainkan jika, selepas diminta berbuat demikian, orang itu mengehadkan penggunaan jalan itu untuk menghentikan gangguan itu.
Kaedah mencari gali 6.
Hak untuk mencari petroleum yang diberikan oleh lesen ini hendaklah termasuk mencari gali dan menjalankan pengukuran geologi dengan cara geofizik, topografi dan kimia dan menggerudi bagi maksud mendapatkan maklumat geologi tentang lintap dalam kawasan pengeksplorasian tetapi tidak termasuk apa-apa hak untuk mendapatkan petroleum atau apa-apa hak untuk menggerudi telaga bagi pengeluaran petroleum.
Tempoh lesen 7.
Lesen ini hendaklah berkuat kuasa dan terus berkuat kuasa selama tempoh dua tahun selepas....................................20......... melainkan jika ditamatkan sebelum tarikh itu atau dilanjutkan di bawah mana-mana peruntukan lesen ini.
Hak pemegang lesen untuk menamatkan lesen
8. (1) Tanpa menyentuh apa-apa obligasi atau liabiliti yang dikenakan oleh atau ditanggung di bawah terma dan syarat lesen ini pemegang lesen boleh pada bila-bila masa dalam tempoh dua tahun tersebut menamatkan lesen ini dengan terlebih dahulu memberikan notis bertulis tidak kurang daripada enam bulan kepada Pihak Berkuasa Petroleum bagi maksud itu.
(2) Jika pemegang lesen memohon secara bertulis, tidak kurang daripada tiga bulan sebelum tamat tempoh lesen ini, supaya lesen ini dilanjutkan, Pihak
Berkuasa Petroleum boleh, mengikut subseksyen 7(3) Akta Perlombongan
Petroleum 1966, melanjutkan lesen ini berkenaan dengan keseluruhan kawasan
20
Undang-Undang Malaysia pengeksplorasian yang pada masa ini terkandung dalam lesen ini atau mana-mana bahagiannya selama tempoh satu tahun lagi atas terma dan syarat yang sama sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen ini:
Dengan syarat bahawa pemegang lesen hendaklah membayar balasan tambahan bagi pelanjutan yang dipohon olehnya itu dan hendaklah telah melaksanakan obligasinya di bawah lesen ini setakat tarikh permohonan itu.
(3) Jika apa-apa pelanjutan seterusnya dikehendaki permohonan yang serupa hendaklah dibuat dan perenggan (2) hendaklah terpakai bagi permohonan itu.
Pembayaran balasan bagi lesen
9. (1) Pemegang lesen hendaklah membayar kepada Pihak Berkuasa Petroleum apabila diberi lesen ini sebanyak................................ ringgit.
(2) Pemegang lesen tidak dengan sebab penamatan lesen atau apa-apa pengurangan kawasan pengeksplorasian berhak dibayar apa-apa pampasan atau diberi rebat mana-mana bahagian apa-apa jumlah wang yang kena dibayar menurut lesen ini.
Memulai dan meninggalkan serta menutup telaga
10. (1) Pemegang lesen tidak boleh memulai atau, selepas meninggalkannya dengan cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tidak boleh memulai semula penggerudian mana-mana telaga tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa
Petroleum.
(2) Pemegang lesen tidak boleh meninggalkan mana-mana telaga tanpa terlebih dahulu memberitahu Pihak Berkuasa Petroleum secara bertulis kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (5) dan (6).
(3) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua syarat yang tertakluk kepadanya apa-apa keizinan di bawah perenggan (1) diberikan.
(4) Jika sesuatu syarat sebagaimana yang disebut dalam perenggan (3) adalah berhubung dengan kedudukan atau dalamnya telaga itu atau arahnya atau jika sesuatu syarat di bawah mana-mana perenggan yang terdahulu adalah berhubung dengan apa-apa penyelongsongan, penutupan atau pengedapan telaga itu, Pihak
Berkuasa Petroleum boleh dari semasa ke semasa mengarahkan supaya telaga itu dan segala rekod yang berhubungan dengannya diperiksa dengan apa-apa cara pada bila-bila masa atau pada lat tempoh dan oleh mana-mana orang sebagaimana yang ditentukan melalui arahan Pihak Berkuasa Petroleum dan pemegang lesen itu hendaklah membayar kepada mana-mana orang itu atau kepada Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa fi dan perbelanjaan bagi pemeriksaan itu sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Petroleum.
(5) Jika hak pemegang lesen dalam mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian tamat oleh sebab Pihak Berkuasa Petroleum membuat perjanjian petroleum dengan orang lain sebagaimana yang tersebut dalam proviso kepada
Fasal 2, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh satu bulan selepas itu menutup mana-mana telaga pemegang lesen itu dalam bahagian kawasan pengeksplorasian itu.
Pelombongan Petroleum 21
(6) Semua telaga pemegang lesen (selain telaga yang baginya perenggan (5)
terpakai) dalam kawasan pengeksplorasian hendaklah, melainkan jika diputuskan sebaliknya oleh Pihak Berkuasa Petroleum, ditutup oleh pemegang lesen tidak kurang daripada satu bulan sebelum berakhinya atau tamatnya hak pemegang lesen itu di bawah lesen ini.
(7) Penutupan mana-mana telaga hendaklah dilakukan mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang terpakai bagi telaga itu atau telaga-telaga pada amnya atau bagi sesuatu kelas telaga yang telaga itu termasuk dalamnya dan hendaklah dilakukan dengan cekap dan baik.
Jarak telaga dari sempadan kawasan pengeksplorasian 11.
Tiada telaga boleh digerudi atau dibuat sehingga mana-mana bahagiannya kurang daripada satu ratus dua puluh lima meter dari mana-mana sempadan kawasan pengeksplorasian kecuali dengan keizinan bertulis Pihak Berkuasa
Petroleum.
Penghindaran kaedah kerja mudarat
12. (1) Pemegang lesen hendaklah menyenggara semua radas dan alat dan semua telaga yang belum ditinggalkan dan ditutup sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 10 dalam keadaan baik dan terpelihara dan hendaklah menjalankan semua operasi dalam atau berkaitan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang sepatutnya dan baik mengikut kaedah dan amalan pengeksplorasian yang lazim digunakan dalam amalan medan minyak yang baik dan tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu pemegang lesen hendaklah mengambil segala langkah yang praktik untuk—
(a) menghalang pelepasan atau pembaziran petroleum yang ditemui di kawasan pengeksplorasian;
(b) memulihara kawasan pengeksplorasian bagi operasi yang produktif;
(c) menghalang kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum;
(d) menghalang kemasukan air melalui telaga ke lintap yang mengandungi petroleum; dan
(e) menghalang pelepasan petroleum ke dalam mana-mana air dalam atau di sekitar kawasan pengeksplorasian.
(2) Pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan secara bertulis yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1). Jika pemegang lesen membantah mana-mana arahan itu atas alasan bahawa arahan itu tidak munasabah dia boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh arahan itu diberikan, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan oleh Fasal 27.
(3) Pemegang lesen hendaklah memberikan notis kepada Pihak Berkuasa
Petroleum tentang apa-apa kejadian yang menyebabkan pelepasan atau pembaziran petroleum, kerosakan kepada lintap yang mengandungi petroleum atau kemasukan air melalui telaga kepada lintap yang mengandungi petroleum dalam masa tiga hari dari kejadian itu berlaku.
22
Undang-Undang Malaysia
Penebangan pokok kayu
13. (1) Pemegang lesen tidak boleh menebang atau mengambil apa-apa pokok kayu atau pokok yang dilindungi kecuali dengan keizinan pihak berkuasa yang berkenaan dan dengan bayaran fi dan royalti yang ditetapkan melalui undang-undang.
(2) Jika pemegang lesen menebang atau mengambih apa-apa pokok produktif lain, dia hendaklah membayar pampasan yang berpatutan dan mencukupi kepada pemunyanya:
Dengan syarat bahawa sekiranya timbul apa-apa pertikaian atau ketidakpastian tentang pemunya apa-apa pokok produktif, atau tentang amaun pampasan yang kena dibayar, pemegang lesen hendaklah mendepositkan dengan
Menteri Besar* /Ketua Menteri *, apa-apa amaun yang pada pendapatnya merupakan bayaran yang munasabab sama ada secara penuh atau sebahagian bagi apa-apa jua pampasan yang mungkin didapati kena dibayar oleh pemegang lesen itu kepada pemunya pokok itu tanpa menjejaskan haknya untuk mendapatkan kembali apa-apa amaun yang telah dibayar melebihi pampasan tersebut.
Penangkapan ikan dan pelayaran 14.
Pemegang lesen tidak boleh menjalankan apa-apa operasi yang dibenarkan oleh lesen ini dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian dengan cara yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum boleh mengganggu dengan tidak sewajarnya pelayaran atau penangkapan ikan di perairan kawasan pengeksplorasian atau pemuliharaan sumber hidupan laut.
Keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja 15.
Pemegang lesen hendaklah mematuhi segala arahan yang diberikan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang diambil bekerja dalam atau berdekatan dengan kawasan pengeksplorasian.
Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod
16. (1) Pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod yang tepat dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang penggerudian, pemerdalaman, penutupan atau peninggalan semua telaga dan tentang apa-apa perubahan dalam selongsongnya. Rekod tersebut hendaklah mengandungi butir-butir perkara yang berikut:
(a) tapak dan nombor yang diberikan kepada tiap-tiap telaga;
(b) tanah bawah dan lintap yang melaluinya telaga digerudi;
(c) selongsong yang dimasukkan ke dalam mana-mana telaga dan apa-apa pengubahan terhadap selongsong itu;
(d) apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian-galian lain yang ditemui; dan
(e) apa-apa perkara lain yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa.
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Pelombongan Petroleum 23
(2) Pemegang lesen hendaklah menyimpan di Malaysia pelan geologi dan geofizik dan peta yang tepat yang berhubung dengan kawasan pengeksplorasian dan apa-apa rekod lain yang berhubungan dengannya yang perlu untuk memelihara segala maklumat yang dipunyai oleh pemegang lesen tentang kawasan pengeksplorasian itu.
(3) Pemegang lesen hendaklah menyerahkan salinan rekod, pelan dan peta tersebut yang disebut dalam perenggan (1) dan (2) kepada Pihak Berkuasa
Petroleum sebagaimana dan apabila dikehendaki.
Penyata
17. (1) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum tiap-tiap tiga bulan semasa lesen ini berkuat kuasa suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang perkembangan operasinya di kawasan pengeksplorasian itu. Penyata itu hendaklah mengandungi—
(a) suatu pernyataan tentang kawasan tempat apa-apa kerja geologi, termasuk pengukuran dengan apa-apa cara geofizik, topografi atau kimia, telah dijalankan;
(b) nombor yang diberikan kepada setiap telaga, dan dalam hal mana-mana telaga yang penggerudiannya telah dimulakan atau yang nombornya telah ditukar dalam bulan itu, koordinat tapak telaga itu;
(c) suatu pernyataan tentang dalamnya penggerudian setiap telaga; dan
(d) suatu pernyataan tentang apa-apa petroleum, air, lombong atau pelipat arang batu yang boleh dikerjakan atau galian lain yang mempunyai nilai ekonomi yang ditemui dalam masa menjalankan operasi tersebut.
(2) Dalam masa dua bulan selepas berakhir setiap tahun kalendar yang dalamnya lesen ini berkuat kuasa dan dalam masa dua bulan selepas berakhirnya atau tamatnya lesen ini pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum suatu penyata dalam bentuk yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa tentang operasi yang dikendalikan olehnya dalam kawasan eksplorasi dalam tahun itu atau dalam tempoh sebelum berakhirnya atau tamatnya lesen ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan suatu pelan berdasarkan skala yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Petroleum yang menunjukkan kedudukan semua telaga. Pemegang lesen hendaklah juga menunjukkan di atas pelan tersebut semua kerja yang dilakukan olehnya berkaitan dengan pencarian petroleum.
(3) Pemegang lesen hendaklah memberi Pihak Berkuasa Petroleum apa-apa maklumat lain, termasuk maklumat dalam bentuk peta dan pelan, tentang perkembangan operasinya dalam kawasan eksplorasi sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Petroleum dari semasa ke semasa.
Pemberitahuan tentang penemuan petroleum 18.
Pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta melaporkan penemuan petroleum atau lintap yang mengandungi petroleum kepada Pihak Berkuasa
Petroleum.
24
Undang-Undang Malaysia
Pemegang lesen hendaklah menyimpan sampel 19.
Setakat yang semunasabahnya dapat dilaksanakan, pemegang lesen hendaklah melabelkan dengan betul dan menyimpan untuk rujukan selama tempoh dua belas bulan sampel-sampel dasar laut dan lintap yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dan sampel apa-apa petroleum atau air yang ditemui dalam mana-mana telaga pemegang lesen dalam kawasan pengeksplorasian.
Pihak Berkuasa Petroleum atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya berhak untuk menghendaki supaya bahagian itu bagi mana-mana sampel sedemikian diserahkan kepadanya dan menyimpan mana-mana sampel atau bahagiannya yang diserahkan sedemikian, dan berhak untuk memeriksa dan menganalisis mana-mana sampel yang disimpan oleh pemegang lessen itu.
Laporan dianggap sulit 20.
Semua rekod, penyata, pelan, peta dan maklumat yang dikehendaki atau mungkin dari semasa ke semasa dikehendaki supaya diberikan oleh pemegang lesen di bawah lesen ini hendaklah dibekalkan atas perbelanjaan pemegang lesen itu dan tidak boleh (kecuali dengan persetujuan bertulis pemegang lesen dan dia tidak boleh secara tidak munasabah enggan memberikannya) dizahirkan sepanjang tempoh sah lesen itu dan dua tahun selepas itu kepada mana-mana orang yang tidak berada dalam perkhidmatan atau penggajian Kerajaan. Pihak
Berkuasa Petroleum walau bagaimanapun berhak pada bila-bila masa untuk menggunakan apa-apa maklumat yang diterima daripada pemegang lesen bagi maksud menyediakan dan menyiarkan apa-apa penyata dan laporan yang dikehendaki.
Kuasa untuk memeriksa rekod 21.
Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum boleh pada bila-bila masa yang munasabah memeriksa dan membuat ringkasan atau salinan apa-apa rekod, penyata, pelan atau peta yang dikehendaki disimpan atau dibuat oleh pemegang lesen mengikut lesen ini.
Hak akses 22.
Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Petroleum berhak pada bila-bila masa yang munasabah untuk masuk ke dalam dan ke atas apa-apa pepasangan dan kelengkapan pemegang lesen yang digunakan atau akan digunakan berkaitan dengan pencarian petroleum dalam kawasan pengeksplorasian bagi maksud yang disebut kemudian daripada ini—
(a) memeriksa pepasangan, telaga, loji, alat dan kerja yang dibuat atau dijalankan oleh pemegang lesen menurut lesen ini dan takat pemeliharaan dan keadaannya; dan
(b) menjalankan apa-apa kerja atau membekalkan dan memasang apa-apa kelengkapan yang Pihak Berkuasa Petroleum berhak untuk menjalankan atau membekalkan dan memasangnya menurut lesen ini.
Pelombongan Petroleum 25
Kuasa untuk menjalankan kerja 23.
Jika pemegang lesen pada bila-bila masa tidak melaksanakan obligasi yang berbangkit di bawah mana-mana terma dan syarat Fasal 10, 12 dan 15
lesen ini dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum berhak, selepas memberikan notis bertulis yang munasabah kepada pemegang lesen tentang niatnya, menjalankan apa-apa kerja dan membekalkan dan memasang apa-apa kelengkapan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Petroleum mungkin perlu untuk menjamin pelaksanaan obligasi tersebut atau mana-mana daripadanya dan mendapatkan kos dan perbelanjaan kerana berbuat demikian daripada pemegang lesen.
Tanggung rugi terhadap tuntutan pihak ketiga 24.
Pemegang lesen hendaklah pada sepanjang masa melindungi Kerajaan dan
Pihak Berkuasa Petroleum dan semua pegawai awam Kerajaan secara berkesan daripada tanggung rugi terhadap semua prosiding, kos, caj, tuntutan dan permintaan apa jua pun yang mungkin dibuat atau dibawa terhadap Kerajaan atau Pihak
Berkuasa Petroleum atau mana-mana pegawai awam Kerajaan oleh mana-mana pihak ketiga berhubung atau berkaitan dengan lesen ini atau apa-apa perkara atau benda yang dilakukan atau berupa sebagai dilakukan menurut lesen ini.
Perjanjian untuk tidak menyerah hak 25.
Pemegang lesen tidak boleh tanpa keizinan bertulis Pihak Berkuasa Petroleum menyerah hak atau melepaskan mana-mana hak yang diberikan oleh lesen ini berhubung dengan keseluruhan atau mana-mana bahagian kawasan pengeksplorasian atau memberikan apa-apa sublesen berkenaan dengan mana-mana hak sedemikian.
Kuasa pembatalan
26. (1) Jika mana-mana peristiwa yang dinyatakan dalam perenggan (2) berlaku dan dalam mana-mana hal itu Pihak Berkuasa Petroleum boleh membatalkan lesen ini dan sesudah itu lesen ini dan semua hak yang dengan ini diberikan hendaklah terhenti dan tamat tetapi walau bagaimanapun tertakluk kepada dan tanpa menjejaskan apa-apa obligasi atau liabiliti yang ditanggung oleh pemegang lesen atau yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah terma dan syarat lesen ini.
(2) Peristiwa yang disebut da1am perenggan (1) ialah—
(a) apa-apa balasan yang kena dibayar di bawah lesen ini atau mana-mana bahagiannya yang menjadi tertunggak atau tidak dibayar selama tempoh dua bulan selepas sahaja mana-mana hari ia sepatutnya dibayar;
(b) apa-apa kemungkiran atau ketidakpatuhan mana-mana terma dan syarat lesen ini oleh pemegang lesen;
(c) kebankrapan pemegang lesen;
(d) pembuatan oleh pemegang lesen apa-apa perkiraan atau komposisi dengan pemiutangnya;
(e) jika pemegang lesen itu suatu syarikat, pelantikan penerima atau apa-apa pelikuidasian sama ada wajib atau sukarela.
26
Undang-Undang Malaysia
Timbang tara
27. (l) Jika pada bila-bila masa apa-apa pertikaian, perselisihan atau persoalan berbangkit antara Kerajaan dan Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lesen tentang apa-apa perkara yang berbangkit di bawah atau oleh sebab lesen ini atau tentang hak masing-masing, dan liabiliti mereka yang berkenaan dengan lesen ini ia hendaklah dirujukkan kepada timbang tara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perenggan (2), kecuali jika diperuntukkan dengan nyata oleh lesen ini bahawa perkara atau benda yang berkaitan dengan pertikaian, perselisihan atau persoalan itu hendaklah ditentukan, diputuskan, diluluskan atau dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Petroleum.
(2) Timbang tara yang disebut dalam perenggan (1) hendaklah, mengikut
Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93], *oleh seorang penimbang tara yang, jika tiada persetujuan antara Pihak Berkuasa Petroleum dengan pemegang lessen tentang pelantikannya, hendaklah dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah
Persekutuan pada masa ini.