Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Perlombongan Petroleum 1966

ActIn forceProvision 2 of 14
Seksyen 2

“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan yang dibuat di bawah seksyen 12;

“kerja pengeksplorasian” ertinya apa-apa kerja yang dijalankan berkaitan dengan pengeksplorasian petroleum;

“lesen pengeksplorasian” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 7;

“pantai pasang surut” ertinya semua bahagian tanah yang terletak di antara pinggir laut dengan tikas air surut bagi pasang perbani biasa;

6

Undang-Undang Malaysia

“pelantar benua” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83];

“pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya suatu lesen pengeksplorasian dikeluarkan dan termasuk penggantinya dalam hakmilik dan orang yang mendapat hakmilik di bawahnya;

“perjanjian petroleum” ertinya perjanjian yang dibuat di bawah seksyen 8 dan 9;

“petroleum” termasuk apa-apa minyak galian atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang wujud dalam keadaan semula jadi di dalam lintap tetapi tidak termasuk arang batu atau syal bitumen atau longgokan berlintap lain yang daripadanya minyak boleh diekstrak dengan cara penyulingan memusnah;

“Pihak Berkuasa Petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 4(3);

“tanah”, berhubung dengan Negeri di Semenanjung Malaysia, ertinya mana-mana kawasan tanah di daratan dan termasuk tanah di luar pesisir yang bersempadanan dan berdampingan dengan tanah di daratan dan berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, ertinya kawasan tanah di luar pesisir sahaja;

“tanah di daratan” termasuk pantai pesisir depan dan kawasan bawah laut di bawah perairan wilayah Negeri;

“tanah di luar pesisir” ertinya kawasan pelantar benua.